Skip to main content

Filem

Sharifah Sakinah Tak Minat Cerita Seram Tapi Sanggup Belakon Dalam Qifarah - “Bila Suka Saya Buat Betul Betul, Karakter Ini Menarik…”

Sharifah Sakinah Tak Minat Cerita Seram Tapi Sanggup Belakon Dalam Qifarah

Pelakon, Sharifah Sakinah mengakui dirinya bukanlah seorang penggemar cerita seram namun sanggup menerima tawaran membintangi filem Qifarah kerana karakter yang dibawanya menarik.

Memegang watak sebagai Mawar, Sakinah berkata karakter misteri itu akan membuatkan penonton tertanya-tanya sama ada wanita itu seorang yang baik atau tidak.

Advertisement

“Sebenarnya saya seorang yang tidak suka cerita hantu, tetapi saya suka belakon. Bila saya suka belakon, saya akan belakon dengan betul betul. 

“Saya tak kisah cerita itu genre apa pun saya tetap akan berlakon dan berikan yang sehabis baik,” katanya kepada Gempak.

Lebih menarik lagi, Sakinah juga mendedahkan dia sendiri banyak memberikan input terhadap karakter Mawar termasuk dari segi gaya lakonan psikologi dan bermain dengan emosi.

“Apa yang membuatkan katakter ini menarik, saya yang ‘design’ sendiri sama ada nak tipu penonton atau tidak. 

“Muka saya ketika membawakan menjadi Mawar memang buat orang tertanya tanya sama ada ibu tiri ini seorang baik atau sebaliknya.

“Kalau anda lihat pada karakter Mawar itu, dia tidak ada meninggikan suara pun tetapi hanya bermain dengan mata dan juga gerak gerinya sahaja,” jelasnya.

Selain Sakinah, filem ini turut dibintangi barisan pelakon hebat termasuk Datuk Remy Ishak, Rita Nadira, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Namron dan Esma Daniel.

Qifarah yang merupakan arahan Ghaz Abu Bakar ini menyaksikan membawakan watak Mawar iaitu seorang ibu tiri yang penuh misteri dan sarat dengan elemen ilmu hitam.

Saksikan Qifarah di pawagam seluruh negara.

 

Sinopsis:

Qifarah mengisahkan Yusoff (Remy Ishak), seorang perantau yang telah lama menetap di Kaherah

bersama isterinya, Marissa (Rita Nadira), serta anak mereka, Mikhail (Rafique Iskandar). 

Namun, apabila menerima perkhabaran tentang bapanya yang sedang nazak, Yusoff kembali ke tanah air selepas 30 tahun dengan niat membantu ayahnya bertaubat daripada amalan ilmu hitam, sambil merungkai kejadian mistik yang terus membelenggunya.

Di sebalik kepulangan itu tersembunyi pertemuan semula Yusoff dengan keluarganya yang penuh rahsia kelam. 

Yusoff berdepan ibu tirinya, Mawar (Sharifah Sakinah), yang langsung tidak dimamah usia, dan adiknya, Eykha (Liyana Jasmay), yang jiwanya kekal seperti anak kecil.

Kehadiran Marissa dan Mikhail secara tiba-tiba di rumah pusaka keluarga Yusoff mengeruhkan keadaan. 

Pelbagai kejadian aneh menyambut mereka, menjadikan setiap langkah sarat dengan ketegangan. 

Apa yang menanti di hadapan? Adakah nyawa dan nasib mereka kini terancam?

Must-Watch Video

Advertisement