Skip to main content

Hiburan

Sharifah Sakinah Tegur Individu Sihat Guna Tandas OKU - “Sikit Lagi Aku Nak Kencing Kat Kerusi Roda”

Sharifah Sakinah

Sekilas

  • Sharifah Sakinah menegur individu yang menggunakan tandas OKU walaupun fizikal sihat, menyebabkan dia terpaksa menunggu giliran.
  • Sakinah kini menggunakan kerusi roda selepas kecederaan buku lali sejak awal Julai dan memilih untuk pulih secara semula jadi tanpa pembedahan.
  • Dia akan muncul dalam filem Tiket Sehala yang mengisahkan sindiket penipuan pekerjaan luar negara, tayangan pada 6 Ogos ini.
Advertisement

Pelakon Sharifah Sakinah menegur tindakan individu yang menggunakan tandas orang kurang upaya (OKU) sedangkan fizikal dalam keadaan sihat. 

 

Advertisement

Sakinah yang kini menggunakan kerusi roda akibat mengalami kecederaan buku lali sejak bulan lalu meluahkan rasa kesal disebabkan dia terpaksa menunggu untuk membuang air kecil. 

 

“Yang cukup fizikal dan mampu berjalan laju, tolonglah jangan suka-suka hati masuk toilet OKU. 

Advertisement

 

“Sikit lagi aku nak kencing kat kerusi roda. Lepas tu keluar, manusia normal yang boleh berjalan laju,” kongsinya. 

 

Untuk rekod, Sharifah Sakinah mengalami kecederaan buku lali kiri selepas terjatuh ketika menggunakan telefon bimbit awal July lalu tetapi tetap komited dengan jadual kerja walaupun doktor menyarankan berehat. 

 

Dia hadir majlis tayangan gala filem Tiket Sehala dengan berkerusi roda dan memilih untuk pulih secara semula jadi tanpa pembedahan walaupun doktor mencadangkan fisioterapi.

 

Sakinah akan muncul dalam filem Tiket Sehala arahan Rahila Ali yang mengisahkan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara dan ditayangkan pada 6 Ogos ini.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement