Skip to main content

Hiburan

Sharmaine Alexander Kongsi Perjalanan Akademik, Tak Kisah Dikatakan ‘Bazir’ Usia 20-An Dengan Belajar

Sharmaine Alexander Kongsi Perjalanan Akademik, Tak Kisah Dikatakan ‘Bazir’ Usia 20-An Dengan Belajar

Sekilas

  • Pelakon Sharmaine Alexander memilih untuk fokus kepada pembelajaran walaupun ada yang menganggap dia membazirkan usia 20-an.
  • Sharmaine kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Undang-Undang selepas memulakan pengajian Asasi Undang-Undang pada 2018.
  • Netizen memuji pencapaian akademik Sharmaine dan menjadikannya inspirasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Advertisement

Pelakon Sharmaine Alexander tidak kisah jika ada yang menganggap dia ‘membazir’kan usia 20-annya dengan memilih untuk fokus kepada pembelajaran.

Bagi Sharmaine, setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keutamaan masing-masing, termasuk dalam menentukan perkara yang ingin dicapai pada usia muda.

Advertisement

“Apabila seseorang mengatakan saya membazir usia 20-an dengan belajar, kita semua akan berusia 30 tahun suatu hari nanti.

“Jadi, lebih baik menjadi seseorang yang berusia 30 tahun dengan memiliki ijazah doktor falsafah,” kongsinya menerusi Threads.

Menerusi perkongsian yang sama, Sharmaine turut berkongsi perjalanan akademiknya yang bermula dengan pengajian Asasi Undang-Undang pada 2018.

Lebih membanggakan, pelakon itu ketika ini sedang menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Undang-Undang.

[SS Posting Sharmaine]

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kaguk melihat pencapaian akademik Sharmaine pada usia yang masih muda.

Malah, ada yang menjadikan Sharmaine sebagai sumber inspirasi mereka untuk menyambung pelajaran di peringkat tertinggi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement