Skip to main content

Hiburan

Sharmaine Alexander Pernah Dua Bulan Tak Keluar Rumah Gara-Gara...

Sharmaine mengakui dia jarang berkongsi tentang kehidupan peribadinya namun dia terpaksa kerana tuduhan yang dilemparkan sudah melampaui batas. Sekarang beritahu saya, siapa yang suka berkongsi kesusahan mereka? Bukan semua orang.

Sekilas

  • Pelakon Sharmaine Alexander kecewa dengan tuduhan menjalani prosedur kosmetik yang tidak benar dan memilih untuk memberi penjelasan terakhir mengenai perkara itu.
  • Sharmaine mendedahkan dia menghidap psoriasis dan mengalami kesan sampingan ubat steroid yang menyebabkan wajahnya sembab, sehingga terpaksa mengasingkan diri selama dua bulan.
  • Walaupun menerima komen negatif, Sharmaine tetap positif dan memilih untuk tidak melayan kata-kata buruk sambil mengekalkan sikap ceria.
Advertisement

Pelakon, Sharmaine Alexander meluahkan rasa kecewa selepas didakwa menjalani prosedur kosmetik.

Menerusi hantaran di Instagram, Sharmaine mengakui dia jarang berkongsi tentang kehidupan peribadinya namun dia terpaksa kerana tuduhan yang dilemparkan sudah melampaui batas. Sekarang beritahu saya, siapa yang suka berkongsi kesusahan mereka? Bukan semua orang.

Advertisement

"Saya sebenarnya tak suka memberi penjelasan, tetapi komen ini sudah melampau. Saya bukan jenis yang mudah terasa atau cepat melatah apabila orang bercakap buruk tentang saya kerana saya tak mahu berada dalam ruang pemikiran yang negatif.

"Saya hanya mahu menjalani kehidupan yang bahagia, positif dan membawa kegembiraan kepada orang lain. Jadi ini adalah kali terakhir saya akan menjelaskan perkara ini," tulisnya.

Menurut Sharmaine, orang ramai tidak sepatutnya menganggap seseorang perlu mendedahkan setiap kesukaran yang dilalui hanya untuk memuaskan rasa ingin tahu orang lain.

Malah, dia mendedahkan pernah mengasingkan diri selama dua bulan kerana berdepan detik sukar tersebut.

"Saya tak sangka masih ada orang yang rasa mereka berhak mengetahui segala-galanya tentang kehidupan orang lain.Kenapa saya perlu jadikan detik paling buruk dalam hidup saya sebagai sorotan kepada media?

"Saya menghidap psoriasis dan perlu mengambil ubat steroid. Ada hari-hari tertentu, wajah saya akan menjadi sembab kerana itu adalah salah satu kesan sampingannya. Alhamdulillah, keadaan psoriasis saya kini semakin baik dan saya sangat bersyukur dengan perkembangan itu.

"Saya langsung tidak keluar rumah selama dua bulan disebabkan perkara ini dan ketika itu saya langsung tidak mempunyai apa-apa untuk dinantikan," ujarnya.

Walaupun berdepan pelbagai tuduhan, Sharmaine memilih untuk tidak melayan komen-komen negatif.

"Dahlah, biar orang buat kita, kita buat tak tahu... dan order pencuci mulut," selorohnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement