Skip to main content

Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tegur Golongan Duda Buat Trend Jamilah - “Kita Ada Style, Bukan Desperate”

Sharnaaz Ahmad

Sekilas

  • Sharnaaz Ahmad beri teguran kepada golongan duda yang aktif buat trend Jamilah di media sosial melalui Instastorynya.
  • Sharnaaz berseloroh akan keluarkan dan senarai hitamkan mana-mana duda yang buat video trend tersebut dari 'persatuan'.
  • Trend Jamilah mula viral selepas Que Haidar muat naik video miming lagu itu yang raih jutaan tontonan di TikTok.

Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil memberikan teguran kepada golongan duda yang dilihat semakin rancak melakukan trend Jamilah di media sosial.

Menerusi hantaran di Instastory, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini dilihat turut berseloroh mengatakan mana-mana individu bergelar duda yang melakukan trend tersebut akan dikeluarkan daripada ‘persatuan’ serta-merta.

“Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah, anda akan digugur dan disenarai hitamkan serta-merta dari persatuan,” kongsinya.

Tambah Sharnaaz, dia berpendapat bahawa trend tersebut seolah-olah menunjukkan golongan duda seakan terdesak untuk mencari pasangan.

“Kita duda, bukan desperate, kita ada style,” kongsinya.

Sekadar info, trend Jamilah ini mula tular selepas pelakon, Que Haidar memuat naik video dirinya ‘miming’ lagu tersebut sambil baring di atas katil.

Video tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai sehinggakan meraih jutaan tontonan di TikTok.

Sumber: Instastory Sharnaaz Ahmad

Must-Watch Video

Advertisement