Skip to main content

Hiburan

Shaza Bae Syukur Dapat Pegang Watak Polis Dalam CHELOT - “Training Dengan UTK Sebenar…”

Shaza Bae

Sekilas

  • Shaza Bae bersyukur dapat memegang watak anggota polis buat pertama kali dalam filem CHELOT.
  • Pengalaman menjalani latihan bersama Unit Tindak Khas (UTK) dianggap sangat bermakna dan tidak dapat dilupakan.
  • Beliau juga gembira dapat bekerja dengan pengarah dan pasukan impian dalam projek filem tersebut yang masih ditayangkan di pawagam.
Advertisement

Pelakon Shaza Bae meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk memegang watak sebagai anggota polis buat kali pertama dalam filem CHELOT. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Shaza juga menganggap sesi latihan bersama UTK (Unit Tindak Khas) merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. 

 

“Inspector Misha. Simpan ini sebagai kenangan. 🖤 Bersyukur mendapat peluang untuk memegang watak anggota polis untuk pertama kali. 

 

“Watak yang berbeza dari apa yang saya pernah buat sebelum ini. Jalani sesi latihan dengan UTK sebenar merupakan satu pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan,” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama juga, Shaza berkata dapat bekerja dengan pengarah dan pasukan impiannya juga mencipta satu pengalaman penting dalam perjalanan hidupnya.  

 

“Bekerja dengan pengarah impian dan pasukan impian menjadikan pengalaman ini satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan saya,” kongsinya. 

 

Untuk info, filem lakonannya bersama Shaheizy Sam, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy dan Azhan Rani iaitu CHELOT masih ditayangkan di pawagam. 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement