Skip to main content

Hiburan

Sheila Rusly Puji Air Tangan Elisya Sandha - “Tak Susah Pun, Cekodok Je Nok”

Sheila Rusly Puji Air Tangan Elisya Sandha - “Tak Susah Pun, Cekodok Je Nok”

Sekilas

  • Sheila Rusly memuji cekodok pisang yang disediakan menantunya, Elisya Sandha, menerusi perkongsian di Threads.
  • Sheila berseloroh mengatakan hidangan cekodok pisang itu mudah disediakan dan mendapat reaksi positif netizen.
  • Perkongsian ini turut mendapat perhatian selepas isu lelaki yang meminta bakal isterinya menyediakan bekal cekodok pisang menjadi viral sebelum ini.
Advertisement

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly memuji air tangan menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha yang menyediakan hidangan cekodok pisang.

Menerusi Threads, Sheila dilihat memuat naik foto cekodok pisang yang disediakan Elisya sambil berseloroh mengatakan hidangan itu tidaklah sukar untuk dilakukan.

Advertisement

“Alhamdulillah cekodok pisang anak menantu kita Elisya Sandha lulus dengan cemerlang.

“Tak susah pun, cekodok jer nok,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan perkongsian Sheila sambil menyifatkan pelakon drama Ratu Ten Pin itu sebagai seorang selebriti yang ‘up to date’ dengan isu semasa. 

Terdahulu, seorang lelaki menyorot perhatian apabila memuat naik hantaran memuji bekal yang disediakan oleh ibunya.

Hantaran itu walau bagaimanapun menerima kecaman sesetengah pihak selepas lelaki berkenaan berseloroh meminta bakal isterinya untuk menyediakan bekal meskipun hanyalah cekodok pisang.


 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement