Skip to main content

Hiburan

Sherry Alhadad Rupanya Pernah Jadi ‘Wardrobe Assistant’ Tiara Jacquelina Ketika PGLM - “Bila Kenang Balik Memang...”

Sherry Alhadad Rupanya Pernah Jadi ‘Wardrobe Assistant’ Tiara Jacquelina Ketika PGLM - “Bila Kenang Balik Memang...”

Sekilas

  • Sebelum terkenal sebagai pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad pernah menjadi pembantu busana untuk pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical, menjaga busana teraju utama seperti Puan Sri Tiara Jacquelina dan Datuk AC Mizal.
  • Sherry berkongsi pengalaman menariknya menjaga busana pelakon terkenal dan kini berpeluang beraksi di atas pentas Istana Budaya menerusi teater muzikal Mansur & Liu arahan Datuk M. Nasir.
  • Dalam teater Mansur & Liu, Sherry memegang watak Mak Inang Fang dan memuji Datuk M. Nasir sebagai pengarah yang tenang serta memberi ruang untuk pelakon bereksperimen sepanjang latihan.
Advertisement

Siapa sangka sebelum dikenali sebagai pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad pernah berada di belakang tabir pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sebagai pembantu busana.

Mengimbau kembali pengalaman tersebut, Sherry berkata, dia pernah diberikan tanggungjawab menjaga busana beberapa teraju utama termasuk Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk AC Mizal dan Stephen Rahman Hughes.

Advertisement

“Kalau hendak ikutkan, semasa pementasan PGL di Istana Budaya (IB) sekitar tahun 2003 dan 2005, saya bekerja sebagai pembantu ‘wardrobe’.

“Saya yang jaga baju Puan Sri Tiara Jacquelina, AC Mizal dan Stephen Rahman Hughes ketika itu.

“Bukan sahaja di IB, malah saya turut mengikut rombongan produksi sebagai pembantu ‘wardrobe’ sehingga ke pementasan mereka di Esplanade, Singapura,” katanya.

Advertisement

Sherry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater muzikal Mansur & Liu di Istana Budaya, baru-baru ini.

Menurut Sherry, selepas bergelar anak seni, dia berpeluang berkongsi kisah tersebut dengan Tiara dan AC Mizal yang ternyata terkejut apabila mengetahui pernah dijaga olehnya di belakang pentas.

“Bila saya sudah masuk dalam industri dan berpeluang bersembang dengan Puan Sri Tiara, saya cakap kepadanya, ‘Madam, saya dulu pembantu busana yang jaga Madam masa PGL’.

“Dia sangat terkejut. Sama juga dengan Datuk AC Mizal, saya beritahu dia yang saya pernah jaga baju-bajunya dulu.

“Bila kenang balik memang seronok. Apa pun, perwatakan saya dari dulu sampai sekarang sama sahaja, tetap ceria,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sherry meluahkan rasa syukur apabila kini diberikan peluang berada di atas pentas Istana Budaya menerusi teater muzikal Mansur & Liu arahan sulung maestro tersohor Datuk M. Nasir.

Menerusi pementasan tersebut, Sherry diberikan tanggungjawab menghidupkan watak Mak Inang Fang.

Berkongsi pengalaman menjalani latihan di bawah bimbingan M. Nasir, Sherry menyifatkan maestro tersebut sebagai seorang pengarah yang tenang dan memberikan ruang kepada pelakon untuk bereksperimen.

“Datuk M. Nasir seorang yang sangat tenang. Dia beri kami ruang untuk bereksperimen tetapi tidaklah terlalu ‘liar’.

“Dia bukan seorang yang garang seperti disangka ramai, jadi kami tidaklah sampai terketar-ketar hendak pergi latihan.

“Cuma yang sedikit mencabar adalah saya perlu bernyanyi,” katanya.

Teater Muzikal Mansur & Liu yang mengangkat kisah Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10 hingga 20 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

Must Watch Video

Advertisement