Skip to main content

Hiburan

Shiha Zikir Menangis, Dakwa Pernah Digasak Soal Kahwin - “Saya Rasa Seperti…”

Shiha Zikir

Sekilas

  • Shiha Zikir berkongsi pengalaman ditekan soal kahwin oleh seorang selebriti wanita yang bertanya dengan nada kasar sehingga membuatkan dia terasa tersinggung dan menangis.
  • Selepas kejadian itu, Shiha memilih untuk mengelak daripada berjumpa selebriti tersebut demi menjaga ketenangan dirinya dan tidak mahu mengulangi soalan yang memberi tekanan kepada orang lain.
  • Shiha menyerahkan soal jodoh kepada takdir Allah dan memilih untuk tidak menjawab soalan bila nak kahwin, sebaliknya hanya berserah pada waktu yang tepat.

Penyanyi, Shiha Zikir berkongsi pengalamannya yang ‘ditekan’ mengenai soal kahwin oleh seorang selebriti wanita.

Dakwa Shiha, gaya percakapan selebriti itu agak kasar sehinggakan meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.

“Saya sangat tak suka situasi itu sebab masa itu ramai, ada juga rakan artis lain tapi cara dia tanya, ‘Eh bila kau nak kahwin eh?’. Macam tak kena pula nada dia.

“Dia bertanya pula dalam keadaan nada yang tak sepatutnya, macam marah dan ‘too loud’.

“Saya tak pernah marah pun kalau nak tanya soal bila nak kahwin sebab itu biasa cuma cara dia itu buatkan saya rasa tersinggung dan dimalukan di hadapan orang ramai.

“Bila terjadinya perkara itu saya tak perasan yang dia sebenarnya bagi tekanan kepada saya sampaikan saya menangis waktu bersolek,” katanya kepada Gempak.

Selepas daripada kejadian itu, pelantun lagu Angan ini memaklumkan bahawa dia memilih untuk mengelak daripada berjumpa selebriti tersebut sekiranya terjumpa di mana-mana acara.

“Saya juga perasan yang soalan sebegitu akan memberi kesan juga kepada orang lain jadi saya tak nak tanya pula soalan macam kepada mereka.

“Pada saya, doakan saja yang terbaik buat mereka yang belum berkahwin.

“Apa yang saya buat selepas kejadian itu ialah kalau saya ternampak selebriti tersebut saya akan mengelak daripada berjumpa dengan dia sebab saya lebih utamakan ketenangan,” ujarnya.

Ditanya pula mengenai soal jodoh, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir memilih untuk menyerahkan segalanya kepada takdir Allah SWT.

“Saya tak ada jawapan dan ketika ini saya hanya berserah. Pada saya, Allah akan kurniakan rezeki untuk berkahwin bila tepat pada waktunya.

“Saya juga tak berani cakap sebab sebelum ni kalau ditanya saya akan jawab ‘tahun ini’ tapi tak jadi juga.

“Jadi saya lebih memilih untuk tidak menjawab soalan itu dan berserah,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement