Sekilas
- Shikin Maembong berkongsi fakta menarik tentang bapanya, pelukis terkenal Ismail Maembong, yang hasil karyanya menghiasi aras 4 dan 5 di PWTC sejak 1994.
- Ramai mungkin tidak sedar tentang kewujudan lukisan tersebut kerana ia telah berada di bangunan itu selama puluhan tahun.
- Perkongsian Shikin membuka peluang kepada orang ramai untuk lebih mengenali seni Ismail Maembong, terutama pengunjung PWTC.
Pelakon, Shikin Maembong berkongsi satu fakta menarik mengenai bapanya iaitu pelukis terkenal, Ismail Maembong.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Shikin mendedahkan terdapat hasil karya seni bapanya, yang menghiasi aras empat dan lima di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).
Menurut Shikin, lukisan tersebut telah dihasilkan oleh bapanya sekitar tahun 1994.
Bagaimanapun kata Shikin, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui mengenai kewujudan karya tersebut memandangkan ia telah berada di bangunan berkenaan sejak puluhan tahun lalu.
“Mungkin ramai tak tahu dekat PWTC aras 4 dan 5 ni lukisan ayah saya. Ayah lukis dekat sini dari 1994 kalau tak silap.
“Siapa pergi dekat sini, ambil gambar dan tag ayah saya kat rumah biru, TT dan ig maembongayoh,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen hantaran berkenaan juga dihujani dengan kata-kata netizen yang mengagumi hasil karya bapanya.
Ternyata, perkongsian Shikin itu telah membuka peluang kepada orang ramai untuk mengenali hasil seni Ismail dengan lebih dekat terutama kepada mereka yang sering berkunjung ke PWTC.