Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Shikin Maembong Kongsi Foto Berhijab, Peminat Doa Moga Istiqamah - “Hadiah Hari Jadi Suami”

Shikin Maembong Kongsi Foto Berhijab, Peminat Doa Moga Istiqamah  - “Hadiah Hari Jadi Suami”

Sekilas

  • Pelakon Shikin Maembong berkongsi foto memakai tudung sebagai hadiah hari jadi untuk suaminya, Cat Farish.
  • Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif dan doa daripada netizen agar Shikin terus istiqamah jika benar berhijrah.
  • Shikin belum mengesahkan sama ada penampilan bertudung itu menandakan dia sudah berhijrah atau sekadar untuk perkongsian tersebut.
Advertisement

Pelakon Shikin Maembong  mencuri perhatian ramai apabila tampil berkongsi foto dirinya memakai tudung. 

Menerusi hantaran dalam Threads, Shikin memuat naik sekeping foto mengenakan tudung berwarna putih sambil memberi bayangan bahawa penampilan itu merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Cat Farish.

“Hadiah hari jadi suami. Agak-agak abang @catfarish suka tak?

“Bismillah,” tulisnya ringkas.

dvf



Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan agar pelakon berusia 36 tahun itu terus istiqamah sekiranya benar mengambil keputusan untuk berhijrah.

“Bukan setakat suami akak saja suka, seluruh alam pun suka. Semoga istiqamah ya.

“Subhanallah, cantik akak. Mesti abang Cat Farish suka, gembira dan teruja sangat.

“Jenuh juga fikir apa hadiahnya. Oh baru perasan sebab pakai tudung ya,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, sehingga kini Shikin belum mengesahkan sama ada penampilannya itu menandakan dia sudah berhijrah dan akan kekal berhijab atau sekadar penampilan bagi perkongsian tersebut.

Untuk rekod, Shikin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer Cat Farish pada 20 Disember 2015.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Must Watch Video

Advertisement