Skip to main content

Hiburan

Shila Amzah Teruja Bakal Adakan Konsert Di Dewan Filharmonik Petronas - “Ini Merupakan Impian Bagi Seorang Penyanyi…”

Shila Amzah

Sekilas

  • Dewan Filharmonik PETRONAS akan menganjurkan konsert solo Shila Amzah bertajuk 'Resonance: Shila Amzah In Harmony – 25 Years of Music & Memories' pada 9 Mei 2026.
  • Shila Amzah menganggap peluang beraksi di pentas DFP sebagai impian dan pencapaian besar dalam kerjayanya sebagai penyanyi dan komposer.
  • Konsert ini akan menampilkan lagu-lagu hits dan momen bermakna sepanjang 25 tahun perjalanan seni Shila, dijangka memberi pengalaman muzik yang istimewa kepada peminat.
Advertisement

Sejajar dengan usaha berterusan untuk menyajikan muzik pelbagai genre kepada semua lapisan masyarakat, Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan sebuah konsert solo oleh penyanyi dan komposer berbakat Shila Amzah. 

 

Advertisement

Konsert yang dijadualkan pada Sabtu, 9 Mei 2026, 8.00 malam membawakan tema Resonance: Shila Amzah In Harmony – 25 Years of Music & Memories.

 

Bagi Shila, peluang membuat persembahan di pentas berprestij DFP bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

 

“Saya sangat-sangat teruja sebab ia merupakan impian bagi seorang penyanyi, ahli muzik untuk bermain di DFP ini sebab kita tahu DFP ini lain dengan venue lain. 

 

“Secara peribadi, ini salah satu pencapaian terbaik untuk diri saya sendiri,” katanya. 

 

Dalam masa sama, Shila yang juga isteri kepada pempengaruh Ubai mengakui masih giat melakukan persiapan rapi demi memastikan persembahan terbaik dapat diberikan kepada penonton.

 

Menurutnya, sifat ‘perfectionist’ yang ada dalam diri membuatkan dia sentiasa mahu setiap aspek konsert berada pada tahap maksimum.

 

“Dari segi persiapan Alhamdulillah, there's still a bit of changes. Disebabkan kita dekat DFP ni dia punya nervous tu lain macam sikit. And I am quite a perfectionist.

 

“So, it's like benda tu yang kadang-kadang menyukarkan kerja orang-orang di samping saya. Tapi kita cuba untuk membuatkan hasil yang best lah yang sama-sama kita semua akan merasai puas la,” katanya. 

 

Tambah Shila berseloroh, debaran menjelang hari konsert mungkin akan lebih terasa apabila tarikh semakin hampir.

 

“So far okey lagi. Belum kelam-kabut. Nanti bila dah dekat konsert, bulan April nanti tengoklah muka kita orang, mungkin dah pucat,” katanya sambil ketawa.

 

Konsert ini dijangka menjadi malam penuh emosi dan nostalgia, menghimpunkan deretan lagu-lagu hits serta momen bermakna sepanjang perjalanan seni Shila Amzah, sekali gus menjanjikan pengalaman muzik yang cukup istimewa buat para peminat.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement