Skip to main content

Selebriti

Shima Anuar Perjelas Harga Kek RM150, Ambil Kira Semua Costing - “Sudah-Sudahlah Dengan Ayat ‘Baker Retis’”

Shima Anuar Perjelas Harga Kek RM150, Ambil Kira Semua Costing - “Sudah-Sudahlah Dengan Ayat ‘Baker Retis’”

Sekilas

  • Shima Anuar menjelaskan harga kek RM150 untuk saiz enam inci adalah berdasarkan kos bahan berkualiti tinggi, bukan kerana statusnya sebagai artis.
  • Shima menegaskan kebanyakan pelanggannya adalah pelanggan berulang yang menghargai kualiti kek yang dihasilkan.
  • Shima juga menyeru orang ramai untuk tidak terlalu memikirkan perniagaan orang lain dan mengamalkan sikap positif serta fokus pada usaha sendiri.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Shima Anuar tampil menjelaskan mengenai harga kek yang dijualnya selepas seorang individu mempersoalkan harga RM150 bagi kek bersaiz enam inci.

Menerusi perkongsian di media sosial, individu berkenaan mempersoalkan harga tersebut kerana beranggapan dekorasi yang ditawarkan adalah standard dan tidak boleh dibuat secara custom.

Advertisement

Tidak cukup dengan itu, individu itu juga turut tertanya-tanya adakah harga tersebut disebabkan status Shima sebagai seorang artis.

Menjawab persoalan itu, Shima bagaimanpun tampil menjelaskan harga yang ditetapkan bukan kerana statusnya sebagai selebriti, sebaliknya berdasarkan kos bahan yang digunakan dalam menghasilkan kek.

“Bukan, my price bukan sebab artis ke atau apa-apa. Saya kira semua costing. My cakes bukan pakai cream biasa atau cream kosong.

Advertisement

“Bila ingredient banyak dan ingredient mahal, takkan saya nak jual cake murah? Betul tak?” jawabnya.

Dalam pada itu, Shima juga memaklumkan kebanyakan pelanggannya merupakan pelanggan berulang dan menyarankan supaya perkara itu turut diambil kira sebelum membuat perbandingan harga.

“Mostly yang order ramai repeat customer. Kena tanya diorang kenapa repeat order. Dan semua baker tak pakai ingredients yang sama.

“Yang saya  cakap ni pasal my cake aje tau. Baker lain saya tak tau macam mana,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi satu hantaran lain di platform Threads miliknya, Shima menegaskan bahawa dia tidak pernah memaksa orang ramai untuk membeli kek yang dijualnya, sebaliknya menyerahkan soal pilihan kepada setiap individu.

Malah kata Shima, dia juga percaya pada rezeki dan berharap orang ramai agar tidak terlalu memikirkan perniagaan orang lain dan mengubah cara berfikir dengan lebih positif.

“Nothing to do with me kalau orang tak nak beli. Percaya lah pada rezeki yang dah ditetapkan kepada kita semua.

“Saya pun tak pernah hasut orang jangan beli cake dekat tempat lain. Beli dekat saya je. NO! NEVER!

“Sudah-sudah lah dengan ayat ‘baker retis’, saya dah muak dengan ayat tu. Please change our mindset. Be positive.

“Baiki lagi apa yang boleh dibaiki. Mind your own business. Doa dan usaha, insya-Allah mesti berjaya,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement