Skip to main content

Selebriti

Shima Pernah Dapat Surat & Kad Raya Berguni-Guni - “Paling Tak Boleh Lupa Kiriman Surat Daripada Banduan Penjara Pudu”

Shima surat banduan

Sekilas

  • Shima, penyanyi lagu popular 'Teringin', berkongsi pengalaman menerima banyak surat dan kad raya daripada peminat pada awal 1990an.
  • Peminat menghantar surat secara tradisional ke pejabat Sony Music sebagai cara berkomunikasi dengannya, termasuk kad raya dan pelbagai ucapan.
  • Shima juga pernah menerima surat daripada seorang banduan di Penjara Pudu, yang menjadi kenangan sukar dilupakan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Teringin iaitu Shima mengimbau kembali kenangan menerima begitu banyak surat dan kad raya daripada peminat pada awal tahun 1990an.

Menurut Shima, pada zaman tersebut peminat sering menghantar surat secara tradisional ke pejabat syarikat rakamannya ketika itu iaitu Sony Music sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi bersamanya.

“Masa tu awal tahun 90an, masa tu peminat hantar surat, berguni-guni dekat Sony Music, macam macam  ada.

“Dengan kad raya dengan pelbagai ucapan, tak kurang juga ada yang letak bedak, bukak je terus bertepung, masalahnya wangi pula tu bedaknya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Shima lagi, antara kiriman yang paling sukar dilupakan ialah apabila dia pernah menerima sepucuk surat daripada seorang banduan di Penjara Pudu.

“Paling yang saya tak boleh nak lupa adalah saya pernah juga mendapat kiriman surat daripada banduan di penjara pudu.

“Bagaimanapun disebabkan momen itu sudah lama, saya ingat-ingat lupa apa isi kandungan surat kiriman tersebut,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Must-Watch Video

Advertisement