Sekilas
- Pelawak Shuib berkongsi sikap matang anak perempuannya, Thalita, yang faham keadaan kewangan keluarga dan sanggup membantu bila perlu.
- Shuib terpaksa menggunakan sebahagian bayaran persembahan Thalita untuk urusan keluarga yang lebih mendesak, dan mereka sentiasa berterus terang tentang keadaan ekonomi.
- Isteri Shuib, Watie Hanifiah, mengingatkan anak-anak supaya saling membantu terutama ketika keluarga sedang menghadapi kesukaran kewangan.
Pelawak Shuib berkongsi sikap matang anak perempuannya iaitu Thalita yang sentiasa memahami keadaan kewangan keluarga dan tidak berkira untuk membantu apabila diperlukan.
Menurut Shuib, ada kalanya dia terpaksa menggunakan sebahagian daripada bayaran yang diterima Thalita hasil daripada tawaran persembahan bagi menyelesaikan urusan yang lebih mendesak.
“Dia sendiri tahu kadang-kadang duit show dia, saya sendiri cakap ‘Thalita, ini macam parah sikit ini pakai sikit boleh’. Lepas itu dia kata pakai la tak apa.
“Kadang-kadang dia rasa macam daddy bagi banyak sangat la (bayaran). Dia rasa macam duit show yang daddy dia bagi banyak sangat. Padahal dia tahu bayaran dia lebih banyak daripada itu.
“Tapi dia rasa macam ‘kalau bapa aku dah bagi banyak sangat ini, apa yang tinggal untuk dia nak kena settle banyak benda’. Saya dengan anak-anak memang akan terus terang.
“Saya akan beritahu keadaan ekonomi macam mana, saya hadap benda alah ni, kena pergi sini, korang kena faham keadaan. Alhamdulillah mereka senang faham,” katanya.
Shuib berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam podcast Too Pretty To Handle.
Dalam pada itu, isteri kepada Shuib iaitu Watie Hanifiah turut memberitahu dia sentiasa mengingatkan kepada anak-anak untuk saling membantu.
“Sekarang daddy tengah susah, kita kena sama-sama bantu daddy. Bila berniaga sambal pun, saya akan cakap kita kena tolong daddy… daddy banyak hutang.
“Daddy tak dapat ikut kita sebab daddy kena selesaikan banyak hal.
Tambah Shuib, dia mengakui berasa terkilan tidak dapat bersama isteri dan anak berniaga di Singapura.
“Mereka berniaga di Singapura, tapi saya tak ada… rasa sedih. Saya duduk dekat rumah empat ke lima hari, saya rasa loser gila,” katanya.
Terdahulu, Shuib mendedahkan jumlah hutang yang ditangguh mencecah RM15 juta dan hampir separuh berjaya diselesaikan dalam masa lima tahun.
@tooprettytohandle_ Shuib & Watie : THALITA BANYAK BANTU KELUARGA, SAYA RASA MACAM LOSER SANGAT.. #estikamedispa #telekungtea #shuibsepahtu #watiehanifiah #tooprettytohandlepodcast @estikamedispa @telekungtea ♬ original sound - Too Pretty To Handle