Skip to main content

Hiburan

Siapa Gerangan Liu? M.Nasir Sedang Mengintaimu

Astrogempak MNASIR

Sekilas

  • Datuk M.Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa, akan menerbitkan teater muzikal pertama mereka bertajuk Mansur & Liu.
  • Ujibakat untuk mencari pelakon watak Liu akan diadakan pada 15 dan 16 Mei 2026 di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur.
  • Produksi ini membuka peluang kepada bakat baharu untuk menyerlah dalam gabungan muzik, lakonan dan teater.
Advertisement

Buat pertama kalinya, komposer dan penyanyi, Datuk M.Nasir bakal bergandingan bersama isterinya, Datin Marlia Musa dalam menerbitkan teater muzikal iaitu Mansur & Liu.

Untuk ujibakat ini, M.Nasir meletakkan beberapa ciri khas dalam mencari pelakon yang akan memainkan watak Liu.

Menerusi satu siaran media, M.Nasir mahukan seorang pelakon yang boleh menari, bijak berbicara dan suaranya gemersik untuk digandingkan dengan pasangannya iaitu Mansur.

Sesi ujibakat M. Nasir Mencari Liu pada diadakan pada 15 dan 16 Mei 2026 bertempat dia lClub Chinois, LG Floor, JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang bermula pukul 3 petang.

Menurut Marlia, produksi itu memberi peluang kepada bakat baharu untuk menyerlah dalam teater muzikal pertama terbitan mereka.

“Ini adalah teater muzikal pertama kami. Telah kami mendengar suara, melihat lakonan dan gerak tari sebelum ini.

Advertisement

“Oleh yang demikian, mahu kami melihat ia menjadi nyata dengan bakat-bakat baharu pada pementasan ini nanti,” katanya.

Penganjuran ini dijangka membuka ruang kepada penggiat seni baharu untuk berganding bersama karya besar M. Nasir dalam sebuah produksi yang menggabungkan elemen muzik, lakonan dan teater.


Jika anda berminat boleh terus mengisi borang penyertaan menerusi pautan https://forms.gle/TzDe8oV1s2X3Q8MTA

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement