Skip to main content

Hiburan

Siapakah Karamjit Singh? Jom Kenali Legenda Pelumba Rali Negara Digelar ‘Flying Sikh’

Astro Gempak 176

Sekilas

  • Karamjit Singh, dikenali sebagai 'Flying Sikh', adalah pelumba rali legenda Malaysia yang mencipta sejarah sebagai juara dunia FIA Production Car World Rally Championship pertama dari Asia pada 2002.
  • Beliau juga menjuarai Kejuaraan Rali Asia Pasifik sebanyak tiga kali dan terus aktif bertanding walaupun berusia 60 tahun, menggunakan jentera Proton dalam pelbagai kejohanan.
  • Kisah perjuangan Karamjit akan diangkat dalam filem aksi dan drama sukan berjudul TERBANG yang bakal ditayangkan tahun ini, menampilkan pelakon popular tempatan.

Nama Karamjit Singh cukup besar dalam dunia sukan permotoran tanah air. Digelar ‘Flying Sikh’ kerana gaya pemanduannya yang berani dan agresif, beliau merupakan antara ikon rali paling berjaya di Malaysia.

Dilahirkan pada tahun 1962, Karamjit memulakan kerjaya pelumba rali seawal 1984 dan pantas mencipta nama menerusi prestasi konsisten di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Juara Dunia Pertama dari Asia
Kemuncak kerjayanya adalah pada 2002 apabila beliau mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai FIA Production Car World Rally Championship (PWRC), hanya pada percubaan pertama. Kejayaan itu melonjakkan namanya ke pentas dunia dan meletakkan Malaysia di peta sukan rali antarabangsa.

Selain gelaran dunia tersebut, beliau turut menjuarai Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) sebanyak tiga kali iaitu pada 2001, 2002 dan 2004, satu pencapaian luar biasa yang mengukuhkan statusnya sebagai legenda Asia.

Sepanjang kariernya, Karamjit banyak dikaitkan dengan jenama tempatan seperti Proton dan pernah memandu model seperti Proton Satria GTi serta Proton Putra dalam pelbagai kejohanan rali utama.

Usia Bukan Penghalang

Walaupun ramai pelumba memilih untuk bersara lebih awal, Karamjit membuktikan usia bukan penghalang. Pada usia 60 tahun, beliau masih aktif bertanding dan berjaya meraih kemenangan dalam beberapa kejohanan menggunakan jentera buatan Malaysia.

vdvd

Pada Oktober 2022, beliau bersama juruarah Jagdev Singh beraksi cemerlang di Suwarnadwipa Nusantara Circuit (SNC), Jambi, Indonesia, menyertai tiga perlumbaan serentak termasuk Kejuaraan Nasional Rally Sprint dan Kejuaraan Rally Indonesia.

Menggunakan Proton Gen2 Turbo, pasangan veteran ini muncul:
•⁠  ⁠Juara kelas M3 & tempat kelima keseluruhan (Rally Sprint)
•⁠  ⁠Juara kelas M3 & kelima keseluruhan (Kejuaraan Rally Nasional Pusingan 3)
•⁠  ⁠Juara kelas M3 & keempat keseluruhan (Kejuaraan Rally Nasional Pusingan 4)

Ikon & Inspirasi

Bukan sekadar pelumba, Karamjit dianggap role model dalam dunia sukan kerana ketekunan, keberanian serta semangat juangnya.

Kehebatan Karamjit kini bakal diabadikan menerusi filem berjudul TERBANG, sebuah naskhah aksi dan drama sukan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Woohoo Pictures yang bakal ditayangkan tahun ini.

Filem arahan Chiu Keng Guan itu diinspirasikan daripada kisah benar perjuangan Karamjit, menampilkan barisan pelakon seperti Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon dan Diana Danielle.

Anda mungkin berminat dengan

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement