Sekilas
- Ariana Grande dedah dia dijangkiti COVID-19 semasa buat promosi filem Wicked: For Good.
- Beberapa sesi temu bual terpaksa ditunda untuk jaga kesihatan Ariana selepas jangkitan itu.
- Ariana dan rakan pelakon Cynthia Erivo pernah dijangkiti COVID-19 semasa penggambaran filem tersebut.
Bintang Hollywood, Ariana Grande mendedahkan dirinya telah dijangkiti COVID 19 semasa mempromosikan filemnya, Wicked: For Good, lapor The Hollywood Reporter.
Pendedahan itu dikongsikan Grande di Instagram Story dengan menulis “momen sebelum COVID” bersama foto dirinya tampil di program Tonight Show With Jimmy Fallon.
Grande yang memainkan watak ahli sihir baik, Glinda bersama barisan pelakon lain termasuk Cynthi Erivo baru sudah membuat promosi jelajah global.
Oleh yang demikian, beberapa siri promosi termasuk temu bual terpaksa dianjak kerana menjaga kesihatan Grande.
Sebelum dijangkiti COVID 19, siri promosi filem tersebut sempat kecoh sewaktu Grande ‘diterkam’ peminat semasa berjalan di permadani kuning di Universal Studio Singapore (USS).
Terdahulu, Grande dan Erivo sama-sama sempat dijangkiti COVID 19 sewaktu menjalani penggambaran Wicked yang pertama. Erivo terkena Covid beberapa hari sebelum penggambaran adegan Defying Gravity, sementara Grande dijangkiti sebelum penggambaran adegan Popular.