Skip to main content

Hiburan

Sifat Penyabar Bamroy Buat Madam Musfirah ‘Cair’ - “Dulu Saya Baran Tapi Dia…”

Bamroy

Sekilas

  • Madam Musfirah berkongsi sebab dia pilih Bamroy sebagai suami kerana kesabaran Bamroy melayan karenah panas barannya semasa di universiti.
  • Musfirah sering minta putus hubungan akibat perangainya yang mudah melenting, tetapi Bamroy tetap sabar dan tidak pernah sebut nak putus.
  • Bamroy memujuk Musfirah dengan cara santai seperti ajak makan ayam goreng setiap kali dia merajuk, menurut perkongsian di FnN Pagi Zayan.

Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Madam Musfirah berkongsi sebab dirinya memilih suami, Bamroy sebagai peneman hidupnya.

Menurut Musfirah, dia merupakan seorang yang panas baran semasa belajar di universiti namun, Bamroy tetap bersabar melayan karenahnya.

“Dulu saya bukan begini, masa zaman masuk universiti saya baran. Sebab itu saya pilih Bamroy sebab dia saja lelaki yang tahan dengan baran saya.

“Dan masa itu saya macam tertanya, ‘Ada lagi orang yang boleh tahan dengan aku’.

“Contoh saya dah tengking-tengking ke apa, dia (Bamroy) akan tenang saja dan bertanya saya kenapa dengan nada yang elok,” kongsinya.

Musfirah berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di segmen FnN Pagi Zayan bersama Faizal Ismail dan Nana Mahazan.

Tambah Musfirah, perangainya yang mudah melenting itu juga membuatkan dirinya sering meminta Bamroy untuk memutuskan hubungan.

Namun, suaminya itu dilihat tetap sabar dan kesabaran itulah yang membuatkan dirinya terdetik hati untuk bersama dengan Bamroy.

“Dan sebenarnya kalau nak tahu dulu saya yang jenis kalau apa-apa saja nak putus. Tapi Bamroy tak pernah pun keluar dari mulut dia nak putus.

“Saya jadi peliklah dan terfikir yang dia ini tak reti ke nak putuskan hubungan sebab saya macam itu? Malah Bamroy ini bukan jenis yang kuat merajuk malah dia memang susah nak merajuk,” luahnya.

Mendengar perkongsian Musfirah, penyampai radio Zayan iaitu Faizal Ismail bertanyakan Bamroy bagaimana dirinya memujuk Musfirah pada ketika itu.

Suasana di konti kemudiannya menjadi riuh selepas mendengar jawapan yang diberikan Bamroy.

“Bila dia merajuk saya tanya dia, ‘Nak pergi makan ayam goreng tak?’,” jawab Bamroy.

Sumber: TikTok Zayan

Must-Watch Video

Advertisement