Skip to main content

Hiburan

“Sikit Pun Tak Keluar Dari Mulut Saya Burn Out Jaga Anak” - Uqasha Senrose

yjihj

Pelakon Uqasha Senrose tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas timbul salah faham dalam kalangan warganet yang mendakwa dirinya mengalami ‘burn out’ kerana menjaga anak.

Penjelasan itu dibuat oleh Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menerusi ruangan komen di salah satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

Advertisement

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, dia sebenarnya berasa sedih dan terbeban kerana terpaksa meninggalkan anaknya untuk keluar bekerja, bukannya penat menjaga anak seperti yang disangka segelintir pihak.

“Saya meluahkan rasa rindu dekat anak. Ya Allah, kenapa orang cakap saya burn out jaga anak?

“Saya burn out sebab saya perlu tinggalkan anak dan pergi kerja. Melihat dia menangis ketika saya keluar dari rumah buat saya rasa berat hati,” katanya.

ghjbj

Tambah Uqasha lagi, dia tidak pernah mengeluh penat menjaga anak, sebaliknya berasa sukar untuk berjauhan dengan puterinya.

“Sikit pun tak keluar dari mulut saya penat dan burn out jaga anak. Saya burn out sebab saya ingat saya boleh kerja dan tinggalkan anak sekejap, tapi saya tak boleh,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Uqasha dan suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, menjadi bualan hangat netizen selepas kedua-duanya didakwa tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Keadaan itu menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila Uqasha memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati yang dianggap menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang yang disayangi.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 10 bulan.

Must-Watch Video

Advertisement