Skip to main content

Berita Tempatan

SINAR Perkenalkan Gandingan Baharu: Suraya & Putra Dalam ‘Berdua Malam Sinar’

Berdua Malam SINAR

Sekilas

  • SINAR memperkenalkan segmen baru Berdua Malam Sinar dengan gandingan penyampai Suraya dan Putra yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
  • Segmen ini menampilkan pendekatan santai dan intim dengan segmen seperti Bebenang Malam, Bila Hati Berbicara dan Bait-Bait Cinta untuk perkongsian cerita dan luahan perasaan.
  • Gabungan Suraya yang berpengalaman dan Putra yang matang diharap dapat menarik pendengar baru serta mengukuhkan kesetiaan pendengar sedia ada SINAR.

SINAR memperkenalkan gandingan baharu penyampai radio, Suraya dan Putra menerusi segmen terkini, Berdua Malam Sinar, yang mula bersiaran hari ini.

Suraya, yang merupakan Juara Penyampai EMAS SINAR, kini bergandingan bersama Putra untuk menghidupkan slot malam yang lebih santai, jujur dan penuh emosi.

Segmen Berdua Malam Sinar bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Ia mengetengahkan pendekatan yang lebih dekat dengan pendengar, dengan segmen seperti Bebenang Malam, Bila Hati Berbicara dan Bait-Bait Cinta, yang membuka ruang untuk perkongsian cerita, luahan perasaan serta pandangan dalam suasana yang lebih intim.

Menurut Pengurus Jenama SINAR, Zureen Afendi, pemilihan gandingan ini selari dengan hala tuju stesen yang menitikberatkan keseimbangan antara kandungan berkualiti dan personaliti penyampai.

“Soraya sebagai Juara Penyampai EMAS SINAR membawa kredibiliti, ketulusan dan sentuhan emosi yang kuat dalam penyampaian, manakala Putra pula memiliki karakter yang matang dan bersahaja. Kami percaya gabungan mereka dalam Berdua Malam Sinar mampu mewujudkan satu pengalaman mendengar yang lebih relevan, intim dan memberikan impak kepada pendengar setia SINAR,” katanya.

Tambahnya, segmen ini juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi hubungan antara penyampai dan pendengar, khususnya pada waktu malam yang sering menjadi ruang untuk refleksi diri dan luahan emosi.

“Kami berharap gandingan Putra dan Suraya ini bukan sahaja dapat menarik minat pendengar baharu, malah terus mengekalkan kesetiaan pendengar sedia ada bersama SINAR,” tambahnya.

Buat masa ini, SINAR memberi fokus sepenuhnya kepada pelaksanaan dan pengukuhan segmen Berdua Malam Sinar. Sebarang pengumuman lanjut mengenai finalis lain daripada program Penyampai EMAS SINAR akan dibuat dari semasa ke semasa, tertakluk kepada perancangan pihak pengurusan.

Dengan personaliti yang berbeza dan gaya penyampaian tersendiri, Suraya dan Putra dijangka mampu menarik perhatian pendengar serta memperkukuhkan lagi kedudukan SINAR sebagai antara stesen radio pilihan utama di Malaysia.

SINAR merupakan sebahagian daripada rangkaian Astro Audio dan dikenali sebagai stesen radio berbahasa Melayu yang menampilkan lagu-lagu popular era 90-an. Dengan hampir 4 juta pengikut di media sosial, SINAR terus mengukuhkan jenamanya sebagai Muzik Retro Terbaik, selain boleh diakses melalui pelbagai platform digital termasuk aplikasi mudah alih.

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement