Skip to main content

Hiburan

Siri Keluarga Iskandar Bakal Kembali? Rashidi Ishak Dah Siap Baca Skrip Episode 1 - “Rabak Kelakar…”

Keluagra Iskandar

Sekilas

  • Rashidi Ishak umum siri komedi popular Keluarga Iskandar bakal kembali dengan musim terbaru.
  • Dia baru selesai baca skrip episod pertama yang ditulis oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan mengakui ia sangat kelakar.
  • Projek ini sudah mendapat kelulusan rasmi daripada Astro dan dijangka mula penggambaran pada Disember tahun ini.
  • Rashidi berharap semua pelakon asal dapat kembali beraksi dalam musim terbaru ini.
  • Warganet menunjukkan keterujaan dan tidak sabar menantikan kemunculan semula siri Keluarga Iskandar.

Pelakon, Rashidi Ishak mencuri perhatian warganet selepas berkongsi berita menggembirakan mengenai siri komedi popular Keluarga Iskandar yang bakal kembali. 

Menerusi hantaran di platform Threads, Rashidi mendedahkan dia baru sahaja selesai membaca skrip episod pertama yang ditulis oleh pengarah dan penulisl, Wan Hasliza Wan Zainuddin.


“Baru habis baca skrip episod 1 Keluarga Iskandar terbaru yang di tulis oleh @wanhaslizawz ... bapak aaa rabak kelakar,” katanya. 


Pelakon itu turut memaklumkan bahawa projek berkenaan telah menerima kelulusan rasmi daripada Astro dan dijangka memulakan penggambaran sekitar bulan Disember tahun ini.

“So far dah dapat green light dari Astro. Skrip dah mula tulis, InsyaAllah akan mulakan penggambaran sekitar disember tahun ini. 

“Betul, musim terbaru dan kami harap dapat semua original casts bersama,” tambahnya. 



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton siri itu dan mengharapkan agar semua pelakon asal turut serta. 

Must-Watch Video

Advertisement