Skip to main content

Filem

Siri Premium Paling Berpengaruh 2026, Good Boys Go To Heaven Satukan Penonton ‘Mencari’ Pembunuh Ahyan

Beto good boys

Siri premium paling hangat diperkatakan ketika ini, Good Boys Go To Heaven terbitan Astro Shaw, berjaya mencuri perhatian penonton di seluruh negara.

Malah siri premium itu juga sekaligus ‘menyatukan’ penonton dalam satu misi untuk merungkai siapakah dalang di sebalik pembunuhan Ahyan.

Seawal episod pertama ditayangkan pada 8 Mei lalu, siri ini menerima sambutan luar biasa apabila penonton aktif berteka-teki, mengemukakan teori serta berkongsi spekulasi di media sosial mengenai identiti pembunuh, malah ramai yang berada dalam ‘detective mode’.

Setiap episod yang ditayangkan memperkukuh misteri, mendorong penonton untuk meneliti setiap petunjuk dan menyusun sendiri kemungkinan yang berlaku.

Menurut Penerbit Eksekutif Good Boys Go To Heaven merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Good Boys Go To Heaven merupakan komitmen Astro Shaw dalam mengangkat penceritaan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, dengan usaha untuk meneroka batas kreatif serta memperkukuh penglibatan penonton.

“Sejak awal, siri premium ini dihasilkan untuk mengangkat isu sosial serta memberi pengalaman tontonan yang lebih interaktif.

“Apa yang jelas, Good Boys Go To Heaven telah berkembang menjadi satu pengalaman kolektif serta menjadi titik perubahan dalam industri.

“Penonton daripada pelbagai latar bukan sekadar menonton, tetapi aktif membina teori, berkongsi analisis, dan mencetuskan perbualan meluas merentas pelbagai platform digital.

“Melangkaui layar, siri ini mencetuskan perbualan sosial yang meluas dan kami turut bekerjasama dengan MIASA untuk memperluas kesedaran kesihatan mental dan menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam dalam kalangan masyarakat.

“Kami amat menghargai dan teruja melihat bagaimana siri ini berjaya menyatukan penonton Malaysia dalam berkongsi pandangan.

“Sekaligus mencetuskan kesedaran serta keprihatinan terhadap isu yang diketengahkan, selain menghubungkan penonton secara emosi dengan kepedihan dan konflik yang dilalui oleh setiap watak,” jelasnya.

Siri ini menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan dengan mencatatkan lebih 58 juta tontonan dan 9.5 juta capaian di semua platform media sosial, sekali gus mencerminkan tahap jangkauan yang tinggi dalam ekosistem digital.

Good Boys Go To Heaven turut tersenarai dalam Top 10 siri di Netflix selama enam minggu berturut-turut, seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai antara kandungan tempatan paling hangat diperkatakan.

Rata-rata penonton memuji kekuatan skrip hasil penulisan yang diketuai Mira Mustaffa dan pendekatan penceritaan yang luar daripada kebiasaan.

Naratif yang berlapis serta elemen psikologi yang mendalam menjadikan siri ini satu pengalaman tontonan yang segar dan mencabar.

Dari segi lakonan, barisan pelakon turut menerima pujian meluas, khususnya baru-baru ini tiga pelakon kanak-kanak yang berjaya membawa watak dengan penuh emosi.

Selain itu, interaksi barisan pelakon di media sosial turut mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat.

Pelakon seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Sky Iskandar dilihat aktif berinteraksi di platform Threads dengan membuat perkongsian dalam karakter masing-masing, seterusnya menghidupkan lagi pengalaman penonton yang berasa dekat dengan setiap karakter.

Good Boys Go To Heaven diterajui penulis skrip terkemuka Mira Mustaffa, yang merupakan bakat kreatif dari Astro Shaw serta berperanan sebagai showrunner bagi siri ini.

Manakala Ariff Zulkarnain bertindak menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, dengan barisan pelakon hebat tanah air.

Selain Beto, Zahirah, Amerul dan Sky, siri ini turut dibintangi Firdaus Karim, Malek McCrone, Amanda Ang, Mila Mohsin, Dai Fuad, Marzuki Noh, Zaleha Iman dan Sayf Mikael.

Siri ini turut mengangkat isu trauma yang menyentuh emosi penonton.

Saksikan kesemua episod Good Boys Go To Heaven di On Demand, sooka atau Astro Citra (saluran 108).

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement