Sekilas
- Siti Khadijah memberi pujian kepada Rahhim Omar atas suara merdunya yang tidak disangka-sangka walaupun sering menyanyi di set penggambaran drama Ash Dan Aish.
- Beliau berharap Rahhim akan menjadi juara dalam pertandingan nyanyian Kilauan Emas Selebriti (KES) 2026.
- Program KES 2026 menampilkan selebriti veteran yang bukan penyanyi profesional dan disiarkan secara langsung setiap Sabtu mulai 22 Ogos di Astro Prima.
Penyanyi Siti Khadijah memberi sokongan terhadap bintang Kilauan Emas Selebriti (KES) iaitu Rahhim Omar yang pernah bekerjasama menerusi drama Ash Dan Aish.
Menerusi hantaran di Instastory, Siti Khadijah mengakui dia tidak menyangka Rahhim mempunyai suara yang merdu biarpun selalu menyanyi ketika di set penggambaran.
“Pernah bekerja dengan abang Rahhim untuk Ash Dan Aish. Beliau selalu menyanyi di set, sedap! Tapi saya tak sangkalah sesedap ini di pentas,” kata Siti Khadijah.
Pada hantaran yang sama, pelakon drama Cinta Dalam Sekam itu juga berharap Rahhim akan menjadi juara untuk Kilauan Emas Selebriti.
“This is gold… semoga juara. Amin!” kongsi Siti Khadijah lagi.
KE Selebriti 2026 menghimpunkan barisan selebriti veteran bukan penyanyi profesional untuk mencabar kemampuan mereka dalam bidang nyanyian.
Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama tujuh minggu bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pukul 9 malam menerusi Astro Prima.