Skip to main content

Viral

Siti Nurhaliza, Beto Sifatkan Ucop Minyak Hitam Jalanan & Dicky Orang Baik, Video Saling ‘Pulang’ Infak RM3,000 Sentuh Hati

Astro Gempak siti beto dicky

Sekilas

  • Ucop Minyak Hitam Jalanan menolak sumbangan RM3,000 daripada Dicky, lelaki yang pernah dibantunya sebelum ini.
  • Ucop mengembalikan wang tersebut kepada Dicky dengan alasan bapa tunggal itu lebih memerlukan untuk anaknya.
  • Video ini mendapat perhatian ramai termasuk selebriti seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Beto Kusyairy yang memuji sikap mulia kedua-dua insan tersebut.
Advertisement

Kisah kemuliaan hati seorang pemuda yang dikenali sebagai Ucop Minyak Hitam Jalanan terus menjadi perhatian apabila dia menolak pemberian wang sebanyak RM3,000 yang mahu diinfak kepadanya oleh lelaki berbangsa Cina, Dicky yang dibantu sebelum ini.

Menerusi video pemilik akaun Minyak Hitam Jalanan Original yang kini trending di pelbagai platform media sosial, Ucop dan Dicky dilihat saling ‘menolak’ wang yang dipercayai hasil sumbangan menerusi siaran langsung di media sosial.

Advertisement

Dicky dilihat memberi sejumlah RM3,000 daripada ‘gift’ yang diperoleh sekitar RM5,000 hingga RM6,000 kepada Ucop.

"Ini wang yang saya dapat dan ingin infak balik," katanya.

“Abang ni sudah bagi kat saya, sebab ada orang rekod abang ni menyatakan abang ini nak bagi duit tu kepada saya, duit gift," kata mekanik berkenaan.

Namun, selepas melakukan akad menerima infak tersebut, Ucop bertindak mengembalikan wang tunai itu kepada Dicky.

Dia kemudian terus memujuk Dicky yang dilihat menolak dan menitiskan air mata dengan menyifatkan bapa tunggal itu lebih memerlukan wang tersebut untuk anaknya.

Advertisement

Rakaman video tersebut telah menarik perhatian bukan hanya dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi juga karyawan seni termasuk Datuk Sri Siti Nurhaliza dan pelakon Beto Kusyairy.

Kedua-dua figura ini menyifatkan Ucop dan Dicky sebagai insan baik dan sikap mereka patut menjadi teladan.

“Terima kasih baik, semoga semua mendapat pengajaran dari sikap mulia ini,” cuit Siti di Threads.

Menerusi platform sama, Beto juga menulis: “Ucop minyak hitam jalanan dan Dicky, dua dua insan berbudi pekerti penuh empati semoga menjadi inspirasi dan tauladan buat kita semua.”

Selain itu, rakyat Malaysia juga sangat tersentuh melihat video yang disifatkan sebagai teladan baik yang ditunjukkan tanpa mengira bangsa dan penuh empati.

Anda mungkin berminat dengan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Must Watch Video

Advertisement