Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Lebuhraya MEX

Astrogempak Siti
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan  jalan raya di lebuh raya MEX pada Khamis.

Berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menerusi hantaran di Threads.

Advertisement

"Guys, kawan saya nampak Siti Nurhaliza tepi highway ni. Kereta dia remuk. Harap Siti dan orang-orang dalam kereta tu okay, risau weh," kongsi pengguna media sosial tersebut.

Malah ada juga pengguna media sosial yang berkongsi foto pelantun lagu Kesuma itu bersama pembantunya.

Menerusi hantaran itu juga difahamkan Siti baru sahaja pulang daripada sebuah majlis di Sepang.

Menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen mendoakan agar Siti dan individu yang berada bersamanya dalam keadaan selamat.

Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dan perkembangan semasa daripada pihak Siti Nurhaliza melalui pengurusnya Rozi Abdul Razak

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram Stories, penyanyi tersebut sempat meluahkan rasa syukur tetapi tidak berkongsi lanjut sebarang maklumat mengenai kemalangan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement