Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Titip Ucapan Buat Fattah-Amira… Netizen: “So Haters Kena Remove Dari Playlist Spotify Jugak Ke?”

siti

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baharu, pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman.

Menerusi perkongsian di Instagram, Siti, memuat naik semula video akad nikah pasangan berkenaan sambil menzahirkan doa agar rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke syurga.

Advertisement

“Tahniah buat pasangan @bamiraaothman & @fattahaminz. Kak Iti doakan kalian bahagia sampai jannah. Maaf tak dapat hadir majlis akad nikah… insha-Allah majlis resepsi nanti ye,” tulisnya.

Ucapan itu kemudiannya mendapat reaksi balas daripada Amira yang mengulang siar hantaran tersebut.

“Terima kasih Kak Iti ku sayang,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi terhadap ucapan Siti.

Ada yang berseloroh mengatakan sekiranya tindakan selebriti yang menjadi ‘dulang girl’ majlis itu dipertikai, maka Siti juga perlu diperlakukan sama.

siti

“Siti pun wish Amira dengan Fattah. So haters semua kena remove jugak kot dari playlist Spotify,” kata seorang pengguna.

Terdahulu, segelintir netizen kurang senang apabila melihat beberapa selebriti tanah air antaranya Anzalna Nasir, Bell Ngasri, Alvin Chong, Qasrina Karim, Hawa Rizwana dan Nabila Razali menjadi pembawa dulang pada majlis akad nikah pasangan itu.

Malah, ada yang mengambil keputusan untuk berhenti menyokong artis-artis terbabit gara-gara penglibatan mereka.

Sekadar info, Fattah dan Amira dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.

Pihak lelaki menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan, sementara Amira turut menerima mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement