Skip to main content

Selebriti

'Skodeng’ Isteri Jiran Tengah Mandi, Penjual Ikan Didenda RM5,000

'Skodeng’ Isteri Jiran Tengah Mandi, Penjual Ikan Didenda RM5,000

Sekilas

  • Seorang penjual ikan dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Krai kerana mengintai isteri jiran mandi melalui celahan lantai kayu dan ruang udara bilik air.
  • Kejadian berlaku pada 24 dan 28 September lalu di rumah mangsa di Jalan Halimah Guchil, Kuala Krai, dan tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan.
  • Mahkamah menetapkan denda atau sembilan bulan penjara jika gagal bayar, dan tertuduh telah menjelaskan denda tersebut selepas mengambil kira faktor pendapatan dan tanggungan keluarga.
Advertisement

Tindakan seorang penjual ikan menghendap isteri jiran mandi mengundang padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Krai pada Selasa.

Tertuduh, Tuan Ahmad Farid Tuan Mat, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengintai wanita berusia 26 tahun itu melalui celahan lantai kayu di bahagian bawah sebuah rumah di Jalan Halimah Guchil, Kuala Krai pada jam 11.30 pagi, 28 September lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bersiap untuk mandi ternampak kelibat tertuduh berada di bawah lantai bahagian dapur rumahnya sambil mengintai dari arah tersebut.

Advertisement

Mangsa mengenali tertuduh kerana mereka tinggal bersebelahan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada suaminya.

Kejadian sama turut berlaku pada 24 September lalu apabila mangsa yang sedang mandi di dalam tandas ternampak tertuduh mengintai melalui celahan ruang udara di dalam bilik air.

Suami mangsa kemudian turut ternampak tertuduh berada di bawah rumah ketika pulang ke kediaman mereka sebelum tertuduh melarikan diri selepas menyedari kehadirannya.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Noor memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam supaya hukuman dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi bagaimanapun merayu supaya mahkamah mengenakan denda minimum.

“Tertuduh pendapatan kira-kira RM50 sehari, hanya berpendidikan sehingga Tingkatan Lima dan masih bujang serta menanggung ibunya berusia 66 tahun yang menghidap kanser,” katanya.

Mahkamah kemudian mengenakan denda itu atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh kemudian menjelaskan denda berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement