Skip to main content

Hiburan

Snoop Dogg Takut Tonton Animasi Selit Unsur LGBTQ+ : “Cucu Saya Tanya…”

Snoop LGBTQ

Rapper Snoop Dogg mempersoalkan dan meluahkan kebimbangan selepas menyedari pembikin animasi mula menyelitkan budaya LGBTQ+ dalam babak karya mereka.

Kebimbangan itu diluahkan bintang berusia 53 tahun itu sewaktu muncul di podcast It’s Giving, baru-baru ini.

Advertisement

Menurut Snoop, dia menonton animasi Lightyear bersama cucunya di pawagam. Namun penyanyi Drop It Like Its Hot itu terkejut apabila dipaparkan dengan babak dua wanita yang mempunyai hubungan asmara lalu menyambut kelahiran anak lelaki.

“Saya tonton bersama cucu dan mereka bertanya kepada saya ‘bukankah mereka perempuan bersama perempuan, bagaimana boleh melahirkan bayi?’”katanya seperti dilaporkan People.

Snoop memberitahu dia cuba mengalihkan persoalan tersebut dengan meminta cucunya memberi fokus terhadap filem yang ditonton.

“Namun mereka tetap bertanya. ‘Tapi mereka sebut, perempuan dan perempuan. Mereka dua-dua perempuan. Bagaimana hubungan dua perempuan boleh melahirkan anak?”tegasnya sekali lagi.

Melihat situasi yang tidak diduga itu Snoop mengkritik pembikin karya yang menyelitkan ‘agenda’ tersebut di dalam animasi dan kemudian ditonton oleh kanak-kanak.

“Saya takut mahu menonton filem di wayang sekarang. Anda membuat saya susah. Saya tidak punya jawapan untuk persoalan seperti ini,” katanya lagi.

Lightyear yang ditayangkan pada 2022 memang sempat menuai kontroversi mengenai watak lesbian yang ditonjolkan dan telah dipotong adegannya. Namun ia masih boleh ditonton dengan meluas di media sosial.

Must-Watch Video