Skip to main content

Selebriti

Sofia Jane Teroka Dunia Ahli Psikologi, Memori & Zaman Kanak-Kanak Dalam Pementasan Solo Thrown November Ini

Sofia Jane Teroka Dunia Ahli Psikologi, Memori & Zaman Kanak-Kanak Dalam Pementasan Solo Thrown November Ini

Sekilas

  • Datin Sofia Jane akan membawa pementasan solo pertamanya, Thrown, yang mengisahkan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang menghadapi kekaburan antara memorinya dan pesakitnya.
  • Pementasan arahan Gavin Yap ini menampilkan pengalaman teater yang peribadi dengan rekaan bunyi langsung yang menyelubungi ruang teater untuk menyelami kekeliruan watak utama.
  • Thrown akan dipentaskan di The Studio, JCPAC pada 20-22 dan 27-29 November, dengan waktu persembahan pada 8.30 malam dan 3 petang.
Advertisement

Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, menyahut cabaran menggalas seluruh pementasan Thrown sendirian di pentas.

Selepas lebih tiga dekad mencipta nama di layar, Sofia membuka lembaran baharu dalam kerjayanya menerusi pementasan solo pertamanya.

Advertisement

“Saya teruja untuk menyelami naskhah ini dan meneroka ke mana ia akan membawa saya bersama penonton.

“Setiap kemungkinan membuka ruang untuksaya belajar dan menghayati pengalaman ini. Saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan bersama Gavin dan kru JCPAC, serta menemui apa yang menanti kami,” ujarnya.

Menurut pengarah, Gavin Yap, Sofia Jane sebagai peneraju membawa kekuatan dan kehadiran di pentas yang diperlukan oleh pementasan tersebut.

Advertisement

“Kita hadir ke dunia ini. Kita tidak mempunyai pilihan dalam hal ini. Kita juga tidak menentukan bagaimana kita dilahirkan atau persekitaran yang menjadi permulaan kehidupan kita.

“Pementasan ini mengambil idea tersebut dan membawa pandangan bahawa pada detik tertentu dalam kehidupan, kita ‘dilontarkan’ ke fasa baharu.

“Dalam kisah ini, detik itu ialah peralihan daripada zaman kanak kanak ke alam dewasa. Kesan detik tersebut kekal bersama kita dan membentuk diri kita apabila dewasa,” ujarnya.

Selepas Pewaris, Fork It dan Eurydice, Gavin Yap juga melihat Thrown sebagai kesinambungan kepada tema yang sering diterokainya: kenangan, kedukaan, warisan dan kehilangan.

Thrown menawarkan pengalaman teater yang sangat peribadi dan menghidupkan pelbagai deria.

Rekaan bunyi secara langsung yang menyelubungi ruang teater membawa penonton menyelami kekeliruan yang turut dialami watak utamanya.

Pementasan tersebut dipersembahkan oleh Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) dan merupakan terbitan Superbear Productions.

Pementasan teater Thrown bakal berlangsung di The Studio, JCPAC, bermula 20 hingga 22 November dan 27 hingga 29 November, 8.30 malam dan 3 petang.

Sinopsis:

Di mana berakhirnya kenangan sendiri dan bermulanya kenangan orang lain?

Persoalan ini menjadi nadi Thrown, pementasan solo wanita arahan Gavin Yap yang membawa penonton menyelami dunia seorang ahli psikologi apabila batas antara memorinya dengan memori pesakitnya semakin kabur.

Karya Jodi Gray dan arahan Gavin Yap, Thrown mengisahkan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang menelusuri rakaman audio lama zaman kecilnya dan pesakitnya untuk memahami zaman kanak kanaknya sendiri.

Namun, semakin kerap rakaman itu didengar dan diulang, semakin kabur batas antara kenangannya dengan kenangan pesakitnya, hingga sukar dipastikan milik siapa sebenarnya memori itu.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement