Skip to main content

Hiburan

SOG Perjelas Insiden ‘Terlupa’ Sebut Nama Amir Masdi Lepas Menang Kategori Kugiran Terbaik AIM25 - “Salahkan Nazmin Sebab…”

SOG Perjelas Insiden ‘Terlupa’ Sebut Nama Amir Masdi Lepas Menang Kategori Kugiran Terbaik AIM25 - “Salahkan Nazmin Sebab…”

Sekilas

  • SOG menjelaskan mereka tidak lupa menyebut Amir Masdi selepas menang kategori Kugiran Terbaik AIM25, sebaliknya ahli kumpulan mereka terlupa skrip ketika naik pentas.
  • Mereka memberi penghargaan khas kepada Amir Masdi yang berkolaborasi dalam lagu Mahkota yang membawa kemenangan tersebut.
  • SOG turut berkongsi perjalanan 20 tahun mereka dalam industri muzik, bermula dari persembahan sekolah hingga ke kejayaan besar di AIM25.
Advertisement

Kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) tampil menjelaskan situasi mereka yang didakwa terlupa menyebut nama penyanyi, Amir Masdi selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Kugiran Terbaik AIM25 pada malam Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang berlangsung pada Sabtu.

Menurut SOG, mereka tidak pernah melupakan sumbangan Amir dalam karya tersebut, malah secara khusus memberikan penghargaan kepada penyanyi berkenaan.

Advertisement

Perjelas mereka, ahli kumpulan mereka iaitu Raja Nazmin Shah terlupa skrip hingga terlepas pandang tidak menyebut nama Amir Masdi yang turut sama berkolaborasi dengan mereka menerusi lagu Mahkota.

“Jutaan terima kasih buat pihak AIM/RIM dan barisan juri for the recognition.

“Huge shout out kepada Amir Masdi sebab sudi berganding aura dalam menjayakan Mahkota.

Advertisement

“Salahkan si Raja Nazmin sebab dia mamai pastu terlupa skrip nak mention team AR dan sebagainya, tahu-tahu kena naik pentas,” kongsi mereka.

Menerusi perkongsian yang sama, SOG turut mengimbas perjalanan mereka sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

“Setelah 20 tahun kewujudan SOG, ini antara milestone yang hebat untuk kami sentiasa ingat di mana kami bermula.

“Daripada perform hari guru di sekolah pada tahin 2005, lepas tu main gig pay to play, masuk battle bands, start touring dalam dan luar, buat lagu, buat album, lagu, collab dengan teman teman seperjuangan.

“Sedap juga manisnya gula setelah kita hirup kopinya terlebih dahulu,” tambah mereka.

Terdahulu, SOG dan Amir Masdi merangkul trofi kategori Kugiran Terbaik AIM25 menerusi lagu Mahkota nyanyian mereka.

Kemenangan itu walau bagaimanapun menjadi bualan ramai apabila SOG didakwa tidak menyebut nama Amir selepas menerima trofi tersebut.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement