Skip to main content

Hiburan

Solekan Di Majlis Pertunangan Jadi Bualan, Bella Astillah Tampil Pertahan - “Bella Suka! Titik”

ASTROGEMPAK Bella Astillah

Sekilas

  • Solekan Bella Astillah di majlis pertunangannya dengan Syed Saddiq menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi di media sosial.
  • Bella menyatakan dia sangat suka dengan solekan tersebut dan berterima kasih kepada jurusolek Flackitsman atau Aiman Shahiran.
  • Wargamaya di platform Threads turut menyokong Bella dengan menegaskan kebahagiaannya dengan penampilan itu yang paling penting.
Advertisement

Solekan pelakon dan penyanyi Bella Astillah di majlis pertunangannya dengan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq pada Sabtu lalu menjadi perbualan hangat di media sosial. 

 

Advertisement

Ada yang memuji namun terdapat juga segelintir netizen yang kurang gemar dengan solekan daripada jurusolek bernama Flackitsman atau Aiman Shahiran. 

 

Pelbagai reaksi wargamaya di laman sosial mengenai solekan tersebut namun Bella tampil berkongsi perasaannya yang menyukai penampilannya itu.

Advertisement

 

“Terima kasih Aiman sayang. Bella suka! Titik,” kongsinya di Instastory. 

 

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian wargamaya terutama di platform Threads selepas pendandan rambut yang dikenali sebagai Syuk Qadir berkongsi semula Instastory Bella. 

 

“Dah-dah la jangan gaduh-gaduh. She’s happy with the look, and that only matters,” kongsinya. 

 

Untuk info, Bella dan Syed Saddiq selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu di sebuah majlis yang disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro AWANI.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Must Watch Video

Advertisement