Skip to main content

Hiburan

“Sombongnya Selebriti Jiran… Lagi Nak Berbaik, Lagi Dihinanya Kita” - Kamal Adli

Kamal Adli

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kurang senang terhadap video selebriti Indonesia yang didakwa menghina Malaysia di media sosial.
  • Kamal menganggap tindakan selebriti tersebut sombong kerana merendahkan Malaysia walaupun usaha untuk berbaik sedang dijalankan.
  • Video itu turut memuatkan kenyataan kontroversi yang mendakwa Malaysia tidak akan wujud tanpa Indonesia, mencetuskan reaksi netizen Malaysia.
Advertisement

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan seorang selebriti dari Indonesia yang didakwa memuat naik video berbaur penghinaan terhadap Malaysia.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Kamal turut menyifatkan selebriti berkenaan sebagai sombong kerana didakwa merendahkan Malaysia meskipun usaha untuk menjalinkan hubungan baik dilakukan.

 

Malah, Kamal turut mempersoalkan tindakan selebriti itu yang mengungkit sejarah sehingga membuatkan dirinya hilang kata-kata.

Advertisement

 

“Sombongnya selebriti jiran. Lagi kita nk berbaik. Lagi dihinanya kita. Siap rajin pula buka sejarah. Sudahlah. Malas aku nak cakap dah. Terpaling,” tulis Kamal. 

 

Sebelum ini, kenyataan seorang pelakon Indonesia mendapat perhatian netizen Malaysia selepas dia mendakwa tindakan memboikot barangan negaranya tidak akan memberi kesan.

 

Dalam video sama, pelakon yang dikenali sebagai Boy Hamzah itu juga mendakwa Malaysia tak akan pernah wujud jika tidak disebabkan oleh Indonesia. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement