Skip to main content

Kpop

Song Min Ho WINNER Dipenjara 1 tahun 6 Bulan, Ingkar Wajib Ketenteraan

Astro Gempak songminho

Sekilas

  • Song Min Ho dari WINNER dijatuhi hukuman penjara 1 tahun 6 bulan kerana melanggar undang-undang wajib ketenteraan Korea Selatan dengan tidak hadir selama 102 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
  • Min Ho memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesalahannya sambil menjelaskan dia mengalami masalah kesihatan mental dan kecederaan leher yang menjejaskan tugasnya.
  • Dia menawarkan diri untuk kembali menjalani wajib ketenteraan selepas kesihatan bertambah baik dan kesnya menjadi perhatian selepas media melaporkan tingkah lakunya yang tidak konsisten semasa bertugas.
Advertisement

Salah seorang anggota WINNER, Song Min Ho dituntut penjara 1 tahun 6 bulan selepas melanggar undang-undang lelaki rakyat Korea Selatan menjalani kewajiban ketenteraan.

Mengikut kronologi kes, Min Ho sepatutnya menjalani tugasan dengan menjadi pegawai yang melayan rakyat bermula 24 Mac 2023 sehingga 23 Disember 2024. Min Ho sepatutnya menamatkan perkhidmatan sekitar 430 hari bekerja, Namun, bintang K Pop itu tidak menghadirkan diri sebanyak 102 hari daripada tempoh perkhidmatannya.

Advertisement

Oleh yang demikian, pihak mahkamah Seoul Barat menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan kerana Min Ho telah melanggar Undang-Undang Wajib Ketenteraan, lapor The Korea Times.

Berikutan itu, Min Ho membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesalahan yang dibuat. Melalui pihaknya, Min Ho meminta pertimbangan tentang hukuman yang dijalani kerana mengalami masalah kesihatan mental seperti serangan panik dan bipolar.

Dia juga diketahui mengalami kecederaan pada bahagian leher yang dinilai mampu menjejaskan kemampuannya menjalankan tugas.

Menerusi kenyataannya, Min Ho menawarkan dirinya untuk kembali menjalani wajib ketenteraan sekaligus diberi kesempatan kedua untuk menyelesaikan tanggungjawabnya  setelah tahap kesihatan menjadi lebih baik.

Kes Min Ho pertama kali menjadi perhatian selepas media tempatan melaporkan dia kerap mengambil cuti dan tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Meski mendakwa dirinya tidak sihat, Min Ho kerap dilihat melakukan aktiviti luar seperti 
menghadiri pesta dan berhibur pada waktu seharusnya bertugas.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement