Skip to main content

Hollywood

Sorok Daripada Ibu Bapa, Cardi B Hamil Anak Ke-4 Hasil Hubungan Dengan Pemain NFL

cardi_b

Rapper Cardi B akhirnya mengumumkan diri sedang hamil anak keempat. Kehamilan itu sempat ‘disembunyikan’ Cardi B termasuk kepada ibu dan bapanya.

Berita baik itu disembunyikan kata Cardi B adalah untuk memberi ruang kepada dirinya dan calon anak baharu membesar dengan lebih sihat di dalam perut.

Advertisement

“Saya hamil anak dari percintaan bersama pasangan saya,” katanya sewaktu menjadi tetamu CBS Mornings, baru-baru ini, lapor People.

Pemilik lagu I Like It kemudian menyambung: “Saya sangat teruja. Saya gembira. Saya rasa telah berada di fasa yang betul. Saya rasa sangat berkuasa apabila mampu berkarya dan hamil.

“Memang sebelum ini saya sempat rahsiakan kehamilan termasuk kepada ibu bapa kerana perlu masa. Dan setelah semuanya ‘selamat’, baru saya kongsikan.”

Cardi B, 32, berkongsi calon anak keempat dengan pemain NFL, Stefon Diggs.

Sebelum hamil anak keempat, Cardi B sudah mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan Offset. Mereka adalah  Kulture Kiari, 7,  Wave Set, 4, dan  Blossom Belle, yang lahir pada  September 2024.

Diggs juga sudah memiliki seorang anak perempuan berusia 8 tahun, Nova.

Hubungan Cardi B dan Diggs mula dihidu sejak Oktober 2024. Pada Mei 2025 mereka membuat penampilan pertama bersamq selepas hadir ke majlis sama tetapi datang berasingan.

Must-Watch Video

Advertisement