Skip to main content

Hiburan

“Sorry, Tak Pandai Jual Isu Personal Untuk Naikkan Nama” - Sharul Kamal

dfvfvdf

Sekilas

  • Sharul Kamal sudah melancarkan tiga lagu baru pada tahun 2025, semuanya merupakan runut bunyi untuk drama dan filem.
  • Dia hairan masih menerima soalan bila akan keluarkan lagu baru walaupun sudah aktif berkarya tahun ini.
  • Sharul menegaskan dia lebih fokus pada mutu karya dan tidak berminat mencipta kontroversi untuk populariti.

Penyanyi Sharul Kamal hairan apabila masih menerima soalan tentang bila dia akan mengeluarkan lagu baharu, sedangkan tahun ini sahaja dia sudah melancarkan tiga buah lagu.

Menurut pemilik nama penuh Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman itu, ketiga-tiga lagu berkenaan merupakan runut bunyi (OST) untuk drama dan filem. 

“Guys, tahun 2025 ni saja aku dah released tiga lagu. Semuanya OST. Satu drama dan satu filem.

“Which is satu pencapaian yang baik untuk aku sepanjang sedekad dalam liga muzik komersial ni.

“Tapi masih lagi aku dapat soalan ‘bang, bila nak keluar lagu?’ atau ‘bang, tak ada lagu lagi ke?” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

gfg

Sharul berkata, dia tidak berminat mencipta kontroversi semata untuk menjadi bualan ramai. 

Sebaliknya mahu terus dikenali melalui mutu karyanya.

“Jeng pale otok. Sorry ahh, aku tak pandai jual isu personal untuk naikkan nama.

“Wartawan nak interview pun siap tanya ‘ada story best tak?’ Haha.

“Aku nak jual kualiti dan bukan isu personal,” ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement