Skip to main content
Advertisement

Hiburan

"Sosial Media Bukan Pihak Berkuasa, Jangan Banyak Merengek” – Zul Ariffin

"Sosial Media Bukan Pihak Berkuasa, Jangan Banyak Merengek” – Zul Ariffin

Sekilas

  • Zul Ariffin menegaskan bahawa isu perlu diselesaikan melalui saluran rasmi dan bukan hanya diluahkan di media sosial.
  • Beliau mengakui media sosial berguna untuk perniagaan dan pendapatan, tetapi bukan tempat untuk menyelesaikan masalah.
  • Zul memilih untuk berdiam diri dan fokus pada kerjaya apabila berdepan kontroversi, mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mengeluh di media sosial.
Advertisement

Pelakon Zul Ariffin berpendapat orang ramai perlu menggunakan saluran sewajarnya sekiranya mahu menyuarakan atau menyelesaikan sesuatu isu berbanding sekadar meluahkannya dalam media sosial.

Menurut Zul, media sosial sememangnya mempunyai banyak manfaat termasuk menjadi platform menjana pendapatan dan menjalankan perniagaan, namun bukan saluran rasmi untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Advertisement

“Saya tak tahu kenapa sekarang apa-apa yang terjadi semua orang nak lapor dekat sosial media. Sosial media bukan pihak berkuasa.

“Kalau nak ‘address’ isu itu, pergilah betul-betul dan gunakan saluran yang betul. Kalau tidak, benda itu akan dikategorikan sebagai merengek,” katanya.

Zul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sambutan ulangtahun platform penstriman UTV dan tayangan telefilem lakonannya, Takdirnya Cinta di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pengalamannya sendiri berdepan kontroversi babak lakonannya sebelum ini, pelakon berusia 39 tahun itu berkata dia memilih untuk berdiam diri, menilai semula keadaan dan kembali memberi tumpuan terhadap kerjaya.

“Saya senyap sahaja sebab kerja saya pelakon. Kalau orang tawarkan kerja, saya jalankan kerja itu.

“Kalau orang dah tak suka dan tak tawarkan apa-apa, tak adalah. Apa yang saya boleh buat, kalau ada tawaran saya jalankan kerja.

“Moral of the story, jangan banyak merengek sangat dekat sosial media. Hadap sahaja dan kena kuat,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement