Skip to main content

Viral

Stylist Bella Astillah Tampil Jelaskan Isu Topi 'Pelik' Di Elle Gala - "Kalau Tutup Muka, Orang Tak Nampak Dia..."

bella_topi

Sekilas

  • Bella Astillah jadi perhatian netizen gara-gara gaya topi besar yang dipadankan dengan sut baldu keemasan di Elle Gala baru-baru ini.
  • Stylist Bella jelaskan topi itu digayakan ke belakang kepala supaya wajah Bella yang petite tidak terlindung dalam suasana acara yang gelap.
  • Walaupun ada yang kurang setuju, ramai puji keberanian stylist membawa kelainan untuk Bella di acara penuh gaya serupa.

Penampilan Bella Astillah di Elle Gala baru-baru ini terus menjadi bualan warganet apabila ramai mempertikaikan gaya topi besar yang dipakai penyanyi itu, terutama apabila ia disuai padan dengan sut baldu keemasan.

Seorang pengguna, Naqi Wonder, berkongsi gambar Bella sambil menyatakan ada sesuatu yang 'kurang kena' pada gaya tersebut.

"Ok few people cakap mostly pasal topi, aku rasa maybe ye juga, the way it styling... Sama ada tak payah pakai atau she wear it suppose to be more dramatic," tulisnya.

Dalam komen lain, Naqi menambah; "I love the idea, she look beautiful but there is something wrong somewhere… maybe is the fabric that bother me."

Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat respon balas daripada stylist Bella, @aintnocyryby, yang tampil menjelaskan rasional di sebalik penggunaan topi tersebut.

Menurut stylist itu, topi sengaja digayakan ke bahagian belakang kepala bagi mengelakkan wajah Bella terlindung memandangkan suasana acara agak gelap dan fizikal Bella yang petite.

"Hi, I’m her stylist haha… There’s reasons to why we put the hat towards the back. The event was hella dark and Bella is so petite, if we covered her face, nobody can see her if that makes sense," jelasnya.

Stylist itu turut menyatakan bahawa topi tersebut dipilih untuk menjadikan Bella lebih menonjol di acara yang dipenuhi tetamu dengan gaya hampir sama.

"And about the hat, it’s to make her stand out from the crowd wearing the same thing… Plus Bella tak boleh dress sexy/avant garde sangat nanti kena kecam nurtizens.

"I personally love it but maybe taste masing-masing & it’s something different for Bella so macam nampak pelik sikit," tambahnya.

Walaupun menerima pelbagai pandangan, rata-rata warganet tetap memuji usaha stylist Bella yang berani membawakan sesuatu di luar kebiasaan.

Must-Watch Video

Advertisement