Skip to main content

Hiburan

Suami 'Terlebih' Mengidam, Isha Norsham Kongsi Pengalaman Hamil - "Saya Ikutkan Sahaja..."

Astrogempak ISHA

Sekilas

  • Isha Norsham mengakui tidak mengalami alahan atau mengidam sepanjang kehamilannya walaupun teruja untuk merasai pengalaman itu.
  • Dia kini sedang membuat persiapan awal untuk kelahiran anak sulung sambil mengawal perasaan debar dan overthinking.
  • Isha juga sibuk menguruskan kerja dan perniagaan baru, namun mula memperlahankan aktiviti kerana kandungan sudah memasuki fasa akhir.

Pengacara dan penyampai radio ERA, Isha Norsham mengakui tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam seperti kebanyakan ibu hamil.


Menurut Isha, dia pada mulanya teruja untuk merasai sendiri pengalaman mengidam kerana sering mendengar pelbagai kisah lucu daripada ibu-ibu lain bagaimanapun perkara tersebut tidak terjadi kepadanya.


"Saya masih menunggu untuk mengidam. Selalu dengar orang cakap nak makan benda-benda pelik atau mengidam makanan tertentu pada pukul dua atau tiga pagi, tapi saya tak ada.


"Emosi saya pun sangat stabil, Alhamdulillah. Sebenarnya saya memang tertunggu-tunggu juga sebab nak rasa pengalaman itu dan boleh relate dengan ibu-ibu lain, tapi tak ada pula," katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Isha berseloroh mengatakan kemungkinan suaminya, Azman, yang mengalami simptom mengidam bagi pihaknya.

"Tapi saya tak tahu, mungkin Azman pula yang mengidam. Sebab dia yang teringin nak makan tempoyak ikan patin, burger dan macam-macam lagi. Saya ikut saja apa yang dia nak," ujarnya.

Isha juga mengakui dia kini berdebar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka, namun cuba mengawal perasaan tersebut dengan membuat pelbagai persiapan lebih awal.

"Of course saya excited, tapi pada masa sama saya takut dan overthinking juga. Jadi untuk mengelakkan semua itu, saya banyak membuat penyelidikan, membaca buku mengenai bayi dan membuat banyak persediaan awal.

"Bila bayi dah lahir nanti, tak adalah saya baru nak buat semua benda. Senang cerita, saya memang banyak membuat persiapan sebelum tarikh bersalin," ujarnya.

Dalam pada itu, Isha mengakui kesibukan menguruskan kerja serta persiapan membuka perniagaan baharu membuatkan dia hampir terlupa bahawa usia kandungannya sudah memasuki fasa akhir.

"Saya rasa persiapan nak buka kedai dan urusan kerja memang lebih mencabar daripada yang saya sangkakan, sampai kebanyakan masa saya tertumpu kepada kerja. Bila terlalu fokus, kadang-kadang saya tak sedar kandungan dah semakin hampir ke penghujung.

"Sekarang bila dah masuk 36 minggu, saya dah mula slow down dari segi kerja sebab badan pun dah mula bagi 'signal' dengan rasa sakit-sakit di bahagian perut.

"Jadi sekarang fokus saya lebih kepada berehat dan menunggu hari untuk bertemu bayi kami," tambahnya.

Terdahulu, Isha Norsham selamat bergelar isteri kepada Azman Azeez dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Hyatt Place Bukit Jalil pada 10 Oktober 2025.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Norsham Aziz, dalam suasana sederhana yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat.

Isha atau nama sebenarnya Nurul Farisha Norsham, 29, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas daripada pihak lelaki sebagai simbolik ikatan perkahwinan mereka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement