Skip to main content

Viral

"Suatu Hari Nanti Saya Akan Berada Di Tempat Mereka" - Diva M Sebak Potong Rambut Warga Emas, Terkenang Arwah Bapa

"Suatu Hari Nanti Saya Akan Berada Di Tempat Mereka" - Diva M Sebak Potong Rambut Warga Emas, Terkenang Arwah Bapa

Sekilas

  • Diva M dan pasukannya mengadakan program potong rambut percuma di Rumah Seri Kenangan Cheras sebagai aktiviti kebajikan bersempena Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan ke-69.
  • Diva M berkongsi pengalaman peribadi yang menyentuh hati ketika berinteraksi dengan warga emas, mengingatkannya kepada ibu bapanya terutama ibunya yang berusia 60-an.
  • Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada anaknya tentang pentingnya membantu golongan memerlukan dan dirancang untuk diteruskan dengan aktiviti santai bersama penghuni RSK.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan Diva M tidak dapat menahan sebak ketika meluangkan masa bersama penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras menerusi program khidmat potong rambut percuma baru-baru ini.

Bagi Diva M atau nama sebenarnya Mohd Muzakir, peluang mendekati warga emas di pusat berkenaan bukan sekadar aktiviti kebajikan, sebaliknya turut mengingatkannya kepada kedua-dua ibu bapanya.

Advertisement

Menurut Diva M, perasaan sebak mula dirasai sebaik melihat rata-rata penghuni di situ berada dalam lingkungan usia yang sama dengan ibunya.

“Saya rasa nak menangis pun ada. Pertama kali saya datang untuk buat program pemotongan rambut di rumah warga emas.

“Terasa diri ini macam diberikan peluang yang sangat besar dalam kehidupan saya,” katanya kepada Gempak.

Lebih menyentuh hati, Diva M turut terkenangkan arwah bapanya ketika berdepan sendiri dengan warga emas yang sudah uzur.

“Kalau saya tengok warga emas ini, saya akan terfikir orang tua saya. Ayah saya dah tak ada, tapi saya fikir mak saya. Apa yang saya nampak pada hari ini, mak saya dengan orang di sini sama saja.

“Umur mereka pun 60 lebih. Jadi saya teringat kepada parent saya. Saya fikir, satu hari pun saya akan berada di tempat mereka. Tapi kita cuba yang baik-baiklah. Cuba yang baik-baik, insya-ALLAH,” ujarnya.

Program amal yang berlangsung pada 25 Ogos lalu itu menyaksikan Diva M bersama kira-kira 15 anggota pasukannya menawarkan khidmat potong rambut secara percuma kepada penghuni RSK Cheras.

Malah, dia turut membawa anaknya bersama memandangkan program berkenaan berlangsung ketika cuti umum, sekali gus mahu memberi pendedahan mengenai kepentingan membantu golongan memerlukan.

Bagi Diva M, kemahiran menggunting rambut yang dimiliki tidak seharusnya digunakan bagi tujuan perniagaan semata-mata.

“Mungkin dekat luar saya anggap ini benda yang simple, tapi bagi saya ini sangat berharga. Bukan semua orang boleh potong rambut.

“Jadi bila ada kelebihan di sini, saya akan gunakan dan saya akan tolong ramai orang nanti. Pada masa sama, saya juga ingin berterima kasih kepada RSK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana beri kerjasama kepada pihak kami untuk menjayakan program ini,” katanya.

Dalam masa sama, pengalaman merapikan rambut warga emas juga bukan sesuatu yang asing buat Diva M kerana dia sebelum ini sering melakukan perkara sama terhadap ibunya.

Katanya, sekiranya ibunya tidak dapat berkunjung ke rumah atau enggan keluar, dia sendiri akan pulang ke kampung untuk menggunting rambut insan kesayangannya itu.

Diva M turut menyifatkan program kebajikan tersebut sebagai salah satu cara untuk berkongsi semula rezeki yang diterima hasil sokongan orang ramai terhadap perniagaannya.

“Rakyat Malaysia selalu sokong dan pilih produk saya. Alhamdulillah, sedikit hasil daripada produk saya saya akan salurkan kepada orang yang memerlukan.

“Sebab saya fikir benda ini satu amalan juga bagi saya,” katanya.

Tidak mahu program itu berakhir sebagai aktiviti sekali sahaja, Diva M turut merancang untuk kembali menjalankan lebih banyak aktiviti bersama golongan warga emas pada masa akan datang.

“Insya-ALLAH saya akan buat lagi. Kadang-kadang kita sibuk dengan tim, semua pun busy, tapi luangkan masa untuk datang,” katanya.

Antara perancangan yang difikirkan termasuk mengadakan sesi santai seperti minum petang supaya dia dan pasukannya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama penghuni RSK Cheras.

Program khidmat potong rambut percuma tersebut dianjurkan bersempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

Plastic Garbage Bag HDPE Rubbish Bag (S)(M)(L)(XL) Plastik Beg Sampah (S)(M)(L)(XL) 垃圾袋 (100% Virgin Grade Raw Material)

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

Must Watch Video

Advertisement