Skip to main content

Selebriti

Suka Vibe Positif & Menghiburkan, Zahiril Adzim Gemar ‘Jalan-Jalan’ Di Threads - “Kalau Nak Serius, Kita Dah Buat Dalam Drama”

Zahiril Adzim Threads

Sekilas

  • Zahiril Adzim aktif di platform Threads dengan berkongsi kandungan santai dan spontan untuk menghiburkan diri serta pengikutnya.
  • Pelakon ini lebih suka menunjukkan sisi berbeza dan menyebarkan energi positif melalui interaksi yang lucu dan ringan di media sosial.
  • Zahiril kini membintangi drama baru Aku Pilih Pelangi yang boleh distrim di aplikasi Viu setiap Khamis dan Jumaat.
Advertisement

Pelakon, Zahiril Adzim merupakan antara seleberiti yang aktif di platform media sosial Threads.

Malah, Zahiril juga menjadi antara selebriti yang sering mendapat perhatian dan reaksi positif daripada warga platform tersebut.

Advertisement

Zahiril ketika ditemui Gempak berkata, kehadirannya di Threads bukanlah untuk berkongsi perkara serius semata-mata, sebaliknya lebih kepada menghiburkan diri dan pengikut dengan kandungan santai serta spontan.

“Saya ikut mood, macam bosan bosan saya bukak Threads dan saya suka reply benda benda yang random dan merepek,” katanya.

Tambah Zahiril lagi, sebagai seorang pelakon yang sering membawa watak serius, dia lebih selesa menampilkan sisi berbeza dalam kehidupan sebenar.

Advertisement

Zahiril juga turut berkongsi bahawa dia cenderung untuk menyebarkan energi positif menerusi interaksi di media sosial.

“Kalau nak serius serius pun kita dah buat dekat dalam drama jadi in real life kita suka merepek. Saya suka vibe yang positif.

“Saya suka bila saya positif, bergelak ketawa, kebanyakkan benda benda yang kelakar lah yang saya suka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zahiril kini membintangi drama baharu berjudul Aku Pilih Pelangi bersama Mira Filzah dan Noki K-Clique.

Drama bersiri 12 episod itu boleh distrim di aplikasi Viu, setiap Khamis dan Jumaat.

Anda mungkin berminat dengan

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Must Watch Video

Advertisement