Skip to main content

Hiburan

Sukan Asia: Atlet Karate Shahmalarani Butir Emas Ketiga Negara!

Sukan Asia: Atlet Karate Shahmalarani Butir Emas Ketiga Negara!

Sekilas

  • C Shahmalarani menang pingat emas acara kumite wanita B-50kg di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Tsang Yee Ting dari Hong Kong.
  • Keputusan final ditentukan melalui semakan video dan juri memilih Shahmalarani berdasarkan siri serangan yang dilakukannya di penghujung perlawanan.
  • Ini merupakan pingat emas kedua Malaysia dalam sukan Karate selepas Adeola Fay Robert menang emas dalam acara Kumite B-55kg wanita semalam.
Advertisement

KARATE terus membutirkan pingat emas kejutan dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila Ratu karate negara, C Shahmalarani, mengungguli acara kumite wanita B-50kg di Gimnasium Toyohashi, lapor Stadium Arena.

Berdepan lawan veteran dari Hong Kong, Tsang Yee Ting, dalam aksi final, kedua-dua karateka itu mempamerkan aksi berhati-hati dan amat jarang melakukan serangan sehingga mendapat amaran daripada shushin.

Advertisement

Menuju ke saat-saat terakhir barulah kedua-dua mereka melepaskan serangan dengan Shahmalarani menyasarkan Ippon dan Yee Ting pula memburu Yuko.

Keputusannya terpaksa ditentukan oleh semakan video tetapi masih belum dapat menentukan siapa pemenang sebenar.

Keempat-empat juri kemudian sebulat suara memilih Shahmalarani sebagai pemenang pingat emas berdasarkan siri serangan yang cuba dilakukannya menuju ke penghujung pertarungan.

Sebagai rekod, ia merupakan pingat emas kedua dibutirkan sukan Karate selepas Adeola Fay Robert mengungguli acara Kumite B-55kg wanita semalam.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement