Festival muzik elektronik paling dinanti Asia, Sunset by NEON, kembali pada 20 dan 21 September 2025 dengan dua hari pengalaman audiovisual penuh magis, set-up imersif dan panorama matahari terbenam yang memukau di Genting Highlands.
Selepas edisi sulung habis terjual pada Mei lalu, edisi kali ini menjanjikan perjalanan lebih intim merentas dunia melodic techno, house dan beyond, menampilkan deretan nama besar serta enam penampilan sulung di Malaysia.
Advertisement
Barisan line up antarabangsa termasuk Adam Beyer, Argy, Massano, Korolova, KREAM, Kasi, dan kolektif Indo Warehouse bakal menggegarkan pentas, menjadikan NEON sebagai platform utama memperkenalkan bakat global kepada peminat Asia.
Buat pertama kali, festival berpindah ke lokasi baharu di Resorts World Awana, sebuah ruang acara luar yang dikelilingi kehijauan dan pemandangan gunung.
Dengan suhu dingin sekitar 18°C serta kemudahan bertaraf dunia, Genting Highlands sekali lagi diangkat sebagai destinasi ikonik untuk festival muzik.
Kapasiti terhad disediakan bagi memastikan suasana kekal eksklusif, mengutamakan hubungan, pengalaman dan magis di setiap detik.
Tiket kini mula dijual dan maklumat lanjut di www.sunsetbyneon.asia.