Skip to main content

Hiburan

Sweet Qismina Rindu Teater, Hadir Ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical - “Jauh Macam Mana Pun Pergi Tetap…”

Sweet Qismina

Sekilas

  • Sweet Qismina berkongsi momen menghadiri ujibakat teater Puteri Gunung Ledang The Musical selepas 16 tahun meninggalkan bidang teater.
  • Pelakon ini meluahkan rasa rindu dan teruja dapat kembali merasai suasana pementasan teater yang menjadi permulaan kerjayanya.
  • Sesi audisi PGLM mendapat sambutan hangat dengan penyertaan pelakon berpengalaman dan bakat baharu, manakala pengarah Tiara Jacquelina mahu beri nafas baharu kepada produksi ikonik itu.

Pelakon, Sweet Qismina mencuri perhatian apabila berkongsi momen dirinya menghadiri sesi ujibakat pencarian pelakon bagi pementasa teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang berlangsung di Enfinity Academy, Petaling Jaya pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Threads, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi meluahkan rasa teruja kerana setelah sekian lama, dia dapat merasai kembali suasana berlakon teater.

Ujar isteri kepada pelakon Adam Lee ini, perasaan rindu terhadap pementasan teater sukar digambarkan, lebih-lebih lagi selepas 16 tahun meninggalkan bidang tersebut.

“Hadir untuk PGLM audition. Rindu teater! That’s how I exactly felt bila keluar iklan audition. Bila jiwa ni bermula dengan teater, jauh macam mana pun pergi mesti rasa rindu tu ada,” tulisnya.

Menerusi perkongsian yang sama, Sweet turu memuat naik foto serta video memaparkan momen dirinya sepanjang menyertai sesi ujibakat tersebut.

Di akhir perkongsian, Sweet turut menzahirkan kata penghargaan buat suami serta ibunya yang sentiasa memberikan sokongan terhadap minat serta kerjayanya.

Terdahulu, sesi audisi PGLM mendapat sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan peserta termasuk pelakon berpengalaman dan bakat baharu yang ingin mencuba nasib di pentas teater.

Menurut, Pengarah dan Penerbit Eksekutifnya, Puan Sri Tiara Jacquelina memaklumkan keputusan untuk mementaskan semula karya tersebut bukan sekadar bersempena ulang tahun ke-20, sebaliknya kerana sudah tiba masanya untuk memberi nafas baharu kepada produksi ikonik itu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement