Skip to main content

Berita Tempatan

Sweetnya Anna Jobling! Hantar 1,000 Kad Raya Untuk Peminat - "Ia Kenangan Yang Boleh Disimpan"

Astro Gempak anna jobling kad raya

Sekilas

  • Pelakon Anna Jobling meneruskan tradisi menghantar 1,000 kad raya bercetak kepada peminat sebagai tanda penghargaan menjelang Aidilfitri.
  • Projek Kad Raya 2026 ini bertujuan menghidupkan semula budaya mengirim kad raya dan mengeratkan hubungan dengan peminat di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.
  • Anna berharap kad raya ini menjadi kenangan bermakna yang dapat disimpan oleh peminat sebagai simbol sokongan mereka terhadap kerjayanya.

Menjelang sambutan Aidilfitri yang semakin hampir, pelakon popular Anna Jobling sekali lagi meneruskan tradisi istimewa apabila menghantar 1,000 kad raya kepada peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka.

Inisiatif yang dikenali sebagai Projek Kad Raya 2026 itu dilakukan secara peribadi oleh Anna bagi mengekalkan budaya mengirim kad raya yang semakin jarang diamalkan pada masa kini.

Bagi Anna, cara tersebut bukan sahaja menghidupkan semula tradisi lama, malah menjadi satu cara untuk berhubung dengan peminat secara lebih dekat dan bermakna.

Berbeza dengan ucapan digital yang sering dikongsi di media sosial, Anna memilih untuk menghantar kad raya bercetak dengan rekaan khas dan sentuhan peribadi. Kad tersebut akan dihantar kepada peminat di Malaysia, Indonesia dan Singapura sebagai tanda terima kasih atas sokongan berterusan terhadap kerjayanya dalam industri hiburan.

Menurut Anna, setiap kad yang dihantar membawa makna tersendiri kerana ia boleh disimpan sebagai kenangan oleh peminat.

“Bagi Anna, kad raya bukan sekadar ucapan. Ia satu kenangan yang boleh disimpan. Setiap kali baca maklum balas peminat yang teruja menerima kad ini, Anna rasa usaha kecil ini sangat berbaloi,” katanya.

Untuk tahun ini, sebanyak 1,000 keping kad raya telah disediakan dan proses penghantaran dijangka bermula dalam masa terdekat.

Anna berharap inisiatif tersebut dapat menjadi simbol penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya, selain mengeratkan lagi hubungan antara dirinya dan peminat ketika meraikan kemeriahan Aidilfitri.

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement