Skip to main content

Hiburan

Syamel Bakal Jadi Pembaca Berita Sepenuh Masa? 

Syamel

Ringkasan AI

  • Syamel muncul sebagai pembaca berita di AWANI 745 sebagai sebahagian daripada promosi lagu terbaharunya, Beribu Tanda Tanya.
  • Penampilan Syamel bukan petanda dia akan berhenti menyanyi atau menjadi penyampai berita sepenuh masa.
  • Showcase sulung Syamel bertajuk Pertama akan berlangsung pada 22 November 2025 di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E.
  • Tiket showcase bermula dari RM148 dan sudah mula dijual sejak 3 November 2025 melalui platform Onetix.
  • Lagu Beribu Tanda Tanya ciptaan Edry Abdul Halim kini boleh distrim di semua platform digital.

Penyanyi, Syamel mencuri perhatian ramai apabila tiba-tiba muncul sebagai pembaca berita di AWANI 745 pada Rabu. 

Namun begitu, kemunculan pelantun lagu Kau Pun Sama itu bukanlah petanda bahawa dia bakal menukar profesion menjadi penyampai berita sepenuh masa.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly, penampilan istimewanya di kaca televisyen tersebut sebenarnya merupakan sebahagian daripada promosi lagu terbaharunya berjudul Beribu Tanda Tanya serta showcase sulungnya, Pertama.

“Seronok dapat pengalaman jadi pembaca berita, selalu tengok dekat TV je tapi kali ni saya sendiri dapat buat. Awal-awal agak kekok tapi mereka ada bantu jadi semua dipermudahkan.

“Tapi apa yang saya tak sangka ada yang hampir tertipu ingat saya nak berhenti menyanyi dan jadi pemberita. Tidak, sebenarnya saya hanya lakukan promosi lagu baharu saya Beribu Tanda Tanya dengan showcase saya, Pertama pada 22 November ini,” katanya kepada Gempak. 

Selepas beberapa tahun mengukuhkan nama sebagai penyanyi, Syamel kini bersedia melangkah ke fasa baharu dalam karier seninya menerusi persembahan showcase sulung bertajuk Pertama: A New Journey Together With Me, Syamel.

Showcase istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 22 November 2025 di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E. 

Harga tiket bermula daripada RM148 (tidak termasuk yuran RM4) dan sudah mula dijual pada 3 November 2025 menerusi platform Onetix.

Dalam masa yang sama, peminat kini boleh menstrim lagu terbaharunya, Beribu Tanda Tanya, di semua platform digital.

Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.

Must-Watch Video

Advertisement