Skip to main content

Selebriti

Syamel Puji Masakan Isteri, Hargai Usaha Belajar Guna Resipi Khairul Aming - “Setiap Perjalanan Sediakan Hidangan Itu Tak Mudah…”

Syamel Ernie raya

Sekilas

  • Syamel tidak pernah meminta isteri, Ernie Zakri, menyediakan hidangan tertentu dan menghargai usaha serta proses pembelajaran memasaknya.
  • Ernie menghadapi cabaran dalam belajar memasak, termasuk mencuba resipi dari personaliti media Khairul Aming sebelum menjadi mahir.
  • Suasana rumah mereka jadi meriah dengan adik-beradik yang turut memasak, menjadikan Syamel dan bapanya sebagai 'tukang rasa' utama.

Penyanyi, Syamel tidak pernah meletakkan sebarang permintaan khusus kepada isterinya, Ernie Zakri dalam soal menyediakan hidangan.

Sebaliknya, kata Syamel dia lebih menghargai usaha yang dilakukan oleh Ernie dalam penyediaan masakan termasuklah belajar dengan resipi perkongsian personaliti media terkenal, Khairul Aming.

“Saya sebenarnya tak pernah ada complain dan tak pernah ada request apa-apa kepada isteri yang saya sangat cintai untuk masak resipi tertentu.

“Tetapi bila dia dah buat, saya akan ambil, makan dan mendoakan kesejahteraan dia. Setiap perjalanan untuk menyediakan hidangan itu tidak mudah,” katanya kepada Gempak.

Tambah Syamel lagi, proses untuk belajar memasak juga mempunyai cabaran tersendiri sebelum benar-benar mahir menyediakan sesuatu hidangan.

“Ada liku-liku kalau tidak dia buat sambil lewa, ada kesukaran tetapi akhirnya dia jumpa jalan kecemerlangan itu.

“Bengkok-bengkok semasa mula-mula nak memasak,  pada saya itu adalah perkara biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syamel juga turut berkongsi ragam isteri dan keluarganya ketika mencuba resipi Khairul Aming.

“Kami duduk dalam rumah yang ada ramai ornag termasuklah adik-adik saya, jadi kalau mereka nak buat tu, tiga-tiga buat sekali.

“Secara tidak langsung kita telah menimbulkan ‘pesaing’ di dalam rumah. Yang akan menjadi masalah adalah saya dan bapa saya sebab kami adalah tukang rasa,” ujarnya berseloroh.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement