Skip to main content

Hiburan

Syasya Rizal Kongsi Kisah Ujian Sebelum Penghijrahan - “Ya Allah, Jangan Kembalikan Aku Ke Versi Yang…”

Syasya Rizal

Sekilas

  • Syasya Rizal berkongsi perjalanan hijrahnya yang penuh ujian dan perubahan pandangan orang sekeliling selepas dia menutup aurat.
  • Dia menghadapi sindiran dan kehilangan sokongan, namun tetap istiqamah dan memadam semua gambar serta video lama yang menampakkan aurat.
  • Syasya juga berkongsi doa agar dirinya tidak kembali kepada versi lama yang disukai manusia tetapi tidak mendapat reda Allah.

Penyanyi, Syasya Rizal menyorot perhatian apabila berkongsi nukilan mengenai perjalanan hijrahnya yang penuh dengan ujian.

Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal ini dilihat menggunakan kata ganti nama ‘dia’ bagi menggambarkan perjalanan hijrah yang dilaluinya.

“Ayat-ayat tu dia ulang sampai hati dia mati rasa. ‘Alaa skirt pendek je pun, semua orang pakai. Menari sikit je, bukan dosa besar pun, yang penting dapat followers, dapat job, dapat duit’. Sampai dia percaya, dosa tu cuma content.

“Dulu bila orang pandang, dia rasa disayangi. Tapi lepas dia tutup aurat, pandangan sama berubah macam dia buat salah,” kongsinya.

Tambah Syasya lagi, dia berdepan dengan pelbagai sindiran namun semua itu tidak membuatkan mematahkan semangat untuk istiqamah ke arah kebaikan.

"Yang dulu panggil dia queen, sekarang sindir dia ustazah TikTok. Yang dulu sokong? Sekarang senyap. Macam hijrah dia hanya layak diraikan kalau dia masih cantik ikut standard orang.

“Sampai satu hari, Allah buat dia rasa hilang dan dalam kehilangan itu, dia jumpa diri dia semula,” ujarnya.

Sejak daripada itu, pelantun lagu ‘Raya Pum Pang’ ini mengambil keputusan untuk memadam segala gambar dan video yang menampakkan auratnya secara terbuka.

“Satu-satu video dan gambar lama dipadam. Bukan sebab malu orang tengok, tapi sebab malu Allah tengok.

“Dan sejak hari tu, doa dia cuma satu, ‘Ya Allah, jangan kembalikan aku kepada versi yang manusia sayang, tapi Kau tak reda,” tambahnya.

Terdahulu, Syasya mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari ‘girl band’ terkenal iaitu Dolla.

Syazya kemudiannya mendirikan rumah tangga dengandan pasangan hati, Nasrullah pada 20 April 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement