Skip to main content

Hiburan

Syasya Rizal Terkejut Ramai Ingat Kembar Tapi Sebenarnya…

Syasya Rizal

Penyanyi, Syasya Rizal meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat berkongsi berita gembira yang mana dia kini sedang berbadan dua. 

Bagaimanapun, menerusi hantaran di Instagram, Syasya akui ramai yang keliru apabila menyangka dirinya bakal menimang anak kembar gara-gara gambar yang memaparkan belon jantina berwarna biru dan merah jambu.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat berkongsi berita gembira ini, jadi bagi tahu saya pasukan mini Shizuka atau mini Nobita 2.0.  Drop your guesses below. 

“Terkejut juga baca komen ramai ingat twins, rupanya itulah yang orang buat untuk reveal jantina untuk anak kembar. Sebenarnya kami popped dua-dua warna sebab memang belum tahu jantina lagi. 

“Nobita (Nasrullah) pulak tak berkenan nak buat proper gender reveal, so kita just popped both colours for the picture je,” katanya. 

Dalam pada itu, Syasya turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa buat dirinya dan keluarga kecilnya.

Advertisement

“Masya-Allah, Tabarakallah tapi thank you so much for all the kind doa Insyallah, siapa tahu rezeki next round,” ujarnya.

Perkongsian tersebut segera dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis yang teruja menantikan kehadiran ‘Mini Shizuka’ atau ‘Mini Nobita 2.0’.

Terdahulu, Syasya Rizal mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua. 
 
Menerusi satu hantaran di Instagram, Syasya dan suaminya,Nasrullah meletupkan confetti untuk mengumumkan jantina anak kedua mereka. 

Bagaimanapun, netizen meramal bekas anggota kumpulan Dolla bakal mendapat anak kembar kerana ada dua warna confetti yang diletupkan. 

Sekadar info, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024. 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.

Must-Watch Video

Advertisement