Skip to main content

Hiburan

Syawal Ketiga Tanpa Anak, Kamal Adli Luah Rasa Rindu - “Saya Dah Pishang Rindu Anak, Harap Dia Ingat Saya”

IMG 3940

Sekilas

  • Kamal Adli berkongsi rasa rindu terhadap anaknya, Hawra Uqaira, yang menyambut Aidilfitri bersama bekas isteri, Uqasha Senrose.
  • Kamal tetap berpeluang meluangkan masa bersama Hawra sebelum sambutan 1 Syawal walaupun tidak dapat bersama pada hari raya.
  • Kamal dan Uqasha berkahwin pada November 2021 dan bercerai pada Januari 2024 selepas kurang persefahaman.
Advertisement

Pelakon, Kamal Adli mengakui perayaan Aidilfitri yang disambutnya pada tahun ini sedikit berbeza lebih-lebih lagi tanpa kehadiran anaknya, Hawra Uqaira di sisi.

Menerusi ciapan di Threads, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli meluahkan rasa rindu terhadap Uqaira yang menyambut Aidilfitri bersama bekas isteri, Uqasha Senrose di kampung.

Advertisement

“Selamat hari raya ketiga rakyat-rakyat threads!

“Macam mana raya semua, saya dah pishang rindu anak saya. Harap dia ingat kat saya. Buat semua selamat menghadapi jam, saya ride jadi tak mengapa,” ciapnya.

Terdahulu Kamal memaklumkan dia tetap berpeluang meluangkan masa lebih awal bersama Uqaira memandangkan tidak dapat untuk menyambut 1 Syawal bersama anaknya itu.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement